Salam semua pembaca blog Tempua,
Saya mengalu-alukan jika anda (yang memiliki blog sendiri) sudi untuk saling bertukar link dengan blog ini. Jika anda ingin saya senaraikan blog anda, sila berikan url blog anda itu melalui ruangan komen. Saya akan masukkan url blog anda dalam senarai link dan berharap anda juga akan memasukkan link blog Tempua di dalam senarai anda.
Terima kasih.
Taipkan URL Blog anda di sini
Saya amat berbesar hati dengan perkembangan blog ini. Sejak posting pertama pada 11 Mac 2008 sehingga ketika posting ini ditulis, blog ini telah dikunjungi oleh 5,113 pengunjung. Angka ini cukup besar bagi blogger kecil seperti saya.
Dengan peluang yang ada ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga forum mykmu.net yang mana mereka merupakan pengunjung utama blog ini melalui link-link yang saya tinggalkan setiap kali membuat posting di sana.
Bagaimanapun, selepas ini saya mungkin tidak lagi perlu meninggalkan link setiap kali berforum di forum mykmu.net kerana pihak admin beritamykmu.net telah menyenaraikan blog ini di laman utamanya bersama blogger-blogger yang lebih ternama. Saya ucapkan jutaan terima kasih atas penyenaraian tersebut kepada pihak admin mykmu.net.
Di samping itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bigdogdotcom kerana menyenaraikan blog ini di laman beliau sejak dari awal lagi. Walaupun saya tidak mengenali beliau secara peribadi, namun kesediaan beliau memberi link ke blog Tempua saya anggap sebagai satu tanda kepercayaan. Blog Bigdog menyumbang jumlah pengunjung yang agak ramai ke blog ini.
Satu lagi perkara yang menarik yang saya ingin kongsi adalah mengenai kekuatan “keyword” berunsur seks dalam membawa pengunjung ke sesebuah blog. Saya tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah saya menulis posting yang bertajuk “Sufiah, menteri dan pelacur melayu”.
Sejak posting berkenaan disiarkan, ramai juga pengunjung yang datang ke blog ini melalui enjin carian menggunakan keyword seperti “sufiah bogel”, “pelacur melayu”, “gambar bogel sufiah” dan sebagainya. Agak kelakar juga kalau difikirkan, tapi itulah hakikatnya. Jangan pandang rendah dengan “tarikan seks” di dunia maya ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Sokongan anda semua amat saya hargai. Matlamat saya adalah supaya blog ini dapat menjadi wadah pemikiran dan pertukaran pendapat yang positif sesama kita.
Namun buat masa terdekat ini, agenda ke arah menekan Paklah meletakkan jawatan merupakan keutamaan saya.
Komen di sini