:: T E M P U A ::

Entries categorized as ‘Politik’

Bank Negara membenarkan tukaran wang kertas denominasi RM500 dan RM1000?

July 16, 2008 · 3 Comments

Pagi tadi (16 Julai 2008), saya terdengar siaran langung dari dewan rakyat (di Radio24) di mana seorang wakil rakyat telah mengemukakan satu usul yang mahu mendapatkan penjelasan mengapa baru-baru ini Bank Negara dikatakan telah menarik balik pembatalan nilai bagi wang kertas denominasi RM500 dan RM1000 yang telah dibuat sejak kerajaan membuat kawalan ringgit pada tahun 1998.

Maknanya selepas pembatalan nilai dilaksanakan, wang kertas RM500 dan RM1000 tidak lagi laku di pasaran. Sebelum ia dikuatkuasakan dulu, Bank Negara telah menetapkan satu tarikh akhir kepada semua pemegang wang kertas dengan nilai-nilai berkenaan supaya membuat pertukaran kepada denomimasi wang kertas yang kekal sahlakunya. Selepas tarikh yang ditetapkan itu note RM500 dan RM1000 tidak lagi boleh diniagakan atau ditukar. Ia sudah tidak ada nilai.

Jadi mengapa selepas begitu lama, tiba-tiba saja Bank Negara mengubah pembatalan berkenaan dan dikatakan membenarkan pertukaran sejumlah lebih RM5 billion wang kertas yang berdenominasi RM500 dan RM1000?

Jika perkara ini benar tentulah ia perkara besar dan perlu disiasat. Bukan saja wakil rakyat yang mengemukakan usul itu, bahkan saya juga berminat untuk tahu mengenainya. Saya nak tahu mengapa kerajaan atau Bank Negara sanggup membayar lebih dari RM5 billion untuk membeli wang-wang kertas yang umum mengetahui ia sudah tidak laku lagi?

Siapa pihak atau pihak-pihak yang telah membuat pertukaran itu?

Memang tak munasabah tatkala Anwar Ibrahim yang sudah terbayang akan tidur dalam lokap pun masih boleh berfikir untuk mencari RM5 billion bagi mengelak dari harga minyak dinaikkan, kerajaan yang ada sekarang pula membazir RM5 billion untuk membeli wang kertas yang mereka sendiri sudah batalkan sejak sekian lama.

Malangnya, usul berkenaan telah ditolak oleh Yang DiPertua dengan alasan kalau tak silap saya, tidak penting. Apa nak jadi dengan negaraku Malaysia… isk.

Categories: Politik

Debat Shabery - Anwar

July 15, 2008 · 6 Comments

Merepek! Begitulah kesimpulan saya terhadap perdebatan yang telah diberi promosi dan liputan meluas ini. Shabery dan Anwar tidak lebih dari 2 ekor dungu yang dapat lesen besar untuk membuang masa rakyat.

Lain kali kalau 2 ekor ni nak berdebat lagi, buatlah dalam tandas.

Categories: Politik

Nazri Aziz nak tipu siapa?

July 14, 2008 · 4 Comments

Menjawab soalan berkenaan pembatalan pembinaan jambatan bengkok di Parlimen semalam, Nazri Aziz berkata ia terpaksa dilakukan kerana Singapura meminta pasir dan ruang udara sebagai timbal balas jika kita mahu terus membinanya.

Jambatan bengkok itu dirancang dibina sepenuhnya dalam wilayah Malaysia. Bagaimana pula Singapura boleh mendapat hak untuk menuntut timbal balas apabila kita mahu membina sesuatu dalam negara kita sendiri? Nazri Aziz adalah antara menteri paling bodoh dalam sejarah negara ini.

Sebenarnya semua menteri kita sekarang memang bodoh-bodoh belaka. Kerja mereka cuma menipu rakyat demi menjaga kepentingan diri dan kelompok masing-masing.

Memang angin bila memikirkan tentang perangai ahli-ahli politik kita sekarang. Saya percaya tak siapa pun pernah menjangka kita akan berada di bawah kepimpinan segerombolan manusia dungu, tamak, busuk hati dan langsung tidak berasa apa-apa berbuat khianat kepada bangsa dan negara sendiri.

Categories: Politik

Beri peluang kepada ahli UMNO membuat pilihan

July 11, 2008 · 2 Comments

Paklah sekali lagi mengumumkan pelan peralihan kuasa. Kali ini beliau memberi tempoh masa. Katanya beliau akan meletakkan jawatan pada Jun 2010 dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib. Sekali lagi juga Najib merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Paklah di atas kepercayaan yang diberikan.

Hahahahaha… maaflah, tapi saya memang merasa sungguh kelakar. Sudah berapa kali Paklah menyebut tentang pelan peralihan kuasanya dan sudah berapa kali entah Najib merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Paklah. Walaupun kali ini Paklah memberi satu tempoh, namun lagak dan lakonan kedua-dua orang pemimpin tertinggi negara ini semacam menonton gelagat Pak Pandir dan Lebai Malang.

Paklah sebenarnya tidak layak memimpin negara. Dia tidak mampu. Walaupun belum sampai 5 tahun memimpin kita, kerosakan yang telah berlaku akibat kebodohan beliau pasti akan menjadi sebutan sehingga ke anak cucu. Paklah adalah satu-satunya Perdana Menteri bengap yang pernah memimpin Malaysia. Tidak cukup dengan itu beliau juga akan dikenang sebagai seorang yang khianat dan busuk hati.

Najib pula tidaklah lebih baik dari Paklah. Saya melihat beliau terlalu lembik dan tidak memiliki conscience yang cukup kuat untuk menjadi pemimpin tertinggi kita. Bagaimana beliau boleh menjadi pemimpin yang berkualiti dan berkesan jika kerosakan berlaku di depan mata sendiri pun beliau tidak mampu menegur apatah lagi menentang?

Saya berpendapat UMNO wajar mengambil balik jawatan Paklah untuk diberikan kepada orang lain yang selayaknya. UMNO boleh memanggil satu Mesyuarat Agung Khas bagi meminta ahli-ahlinya membuat satu undian bagi memilih seorang pemimpin yang mereka rasa layak untuk menjadi pengganti Paklah. Selepas keputusan undian diperolehi, Paklah perlulah meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada sesiapa saja pemimpin yang telah dipilih oleh ahli-ahli UMNO dalam undian berkenaan.

Dalam kemelut kepimpinan yang kelihatan buntu seperti sekarang, adalah lebih adil untuk memberi peluang kepada ahli-ahli parti membuat keputusan.

Jika cara begitu bukan budaya UMNO, biarlah. Selama ini presiden bodoh dan bengap seperti Paklah pun bukan sebahagian dari budaya UMNO, kan?

Categories: Politik

Anwar Ibrahim

July 10, 2008 · 2 Comments

Sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu beliau hampir saja mewarisi kerusi Perdana Menteri. Dr Mahathir sudah pun mengisytiharkan suami Dr Wan Azizah itu sebagai bakal penggantinya. Dan jika keadaan berbeza dari apa yang telah menjadi sejarah, besar kemungkinan Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang kelima menjelang akhir 1998.

Malangnya tatkala jawatan sudah begitu hampir di tangan, tabiat luar tabie beliau tiba-tiba meletup. Seluruh negara gempar. Akibatnya, di sebalik berpindah ke Seri Perdana, beliau ke Sg Buloh.

10 tahun kemudian, beliau sekali lagi berpeluang untuk menjadi PM. Peluang kali ini datang dari permainan politik silap mata Paklah dan menantunya. Menurut perkiraan Anwar sendiri, beliau akan menjadi PM dalam bulan September. Malangnya, sekali lagi tabiat luar tabie beliau meletup dan mengikut firasat saya, seperti episod 10 tahun dulu, Anwar akan sekali lagi kempunan untuk membawa keluarganya berpindah ke Seri Perdana.

Anwar Ibrahim tidak ada orang lain yang harus dipersalahkan. Beliau telah mendapat peluang dua kali untuk menjadi PM. Orang lain jangankan dua kali, satu persejuta kali peluang pun tak pernah dapat. Tapi Anwar berjaya mendapat peluang dua kali. Dua kali dia berada dalam begitu hampir dengan jawatan eksekutif tertinggi negara itu dan kedua-duanya berkecai akibat tabiat “luarbiasa”nya sendiri.

Categories: Politik