BERNAMA melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu supaya ahli parlimen Barisan Nasional mengembalikan serta mengukuhkan keyakinan rakyat kepada kerajaan dan parti.
Amat ironis apabila pada masa yang sama PM sendiri kelihatan tidak mempercayai ahli parlimen beliau sendiri. Hal ini jelas terbukti apabila PM tidak melantik ahli parlimen menjadi menteri dan timbalan menteri, tetapi sebaliknya dengan sewenang-wenangnya melantik mereka yang tidak bertanding pun dalam PRU ke-12 pada Mac lepas menjadi menteri dan timbalan menteri. Termasuk juga seorang EXCO negeri dilantik menjadi timbalan menteri.
Tidakkah mendapat pengajaran daripada sejarah kelemahan dirinya sendiri bahawa sikap dan pendiriannya yang tidak persis membuatkan orang marah kepada beliau? Tidakkah terfikir bahawa ahli parlimen BN yang sudah berkorban habis-habisan untuk memenangi pilihan raya itu berasa kecewa dan marah apabila mereka tidak dihargai dan dinafikan hak untuk memegang jawatan menteri atau timbalan menteri?
Mengapa dan di mana logiknya membuat pemilihan? Rakyat lebih kenal siapa ahli politik di dalam kabinet beliau! Namun, kalaulah dia itu seorang ahli parlimen, rakyat boleh juga akur tapi dalam kalangan ahli parlimen BN sekarang ini, terdapat berpuluh-puluh orang yang jauh lebih baik dari segala seginya.
Mengapa dan di mana logiknya pemilihan sesetengah Menteri. Kalaulah dia itu seorang ahli parlimen, rakyat boleh juga akur tapi di kalangan ahli parlimen sekarang ini, terdapat berpuluh-puluh orang yang jauh lebih baik dari segala seginya tetapi mengapa mereka ini juga yang dipilih?
Mengapa dan di mana logiknya memilih Datuk Dr. Mashitah Ibrahim? Rakyat kenal siapa Dr.Mashitah Ibrahim ini!. Namun, kalaulah dia itu seorang ahli parlimen, rakyat boleh juga akur dengan kehendak PM. Dalam kalangan ahli parlimen BN sekarang ini, terdapat berpuluh-puluh orang yang jauh lebih baik dari segala seginya daripada Dr.Mashitah Ibrahim;
Saya ingin mencadangkan supaya diwartakan akta atau undang-undang atau syarat pelantikan menteri dan timbalan menteri bahawa “Menteri dan Timbalan Menteri mestilah terdiri daripada kalangan hanya Ahli Parlimen”.
Kita perlu selalu muhasabah diri dan belajarlah daripada sejarah.
YANGRETIBASE
Kuala Terengganu.
Dipetik dari mStar