:: T E M P U A ::

Entries categorized as ‘Dari blog lain’

Kemungkaran dan salahguna kuasa Paklah sebagai PM

June 23, 2008 · 3 Comments

Posting kali ini adalah sebuah komen dari seorang pembaca blog Chedet, Amar Makruf yang juga boleh dibaca di sini.

KEMUNGKARAN DAN SALAH GUNA KUASA ABDULLAH. DIA PERLU DISINGKIR SECEPAT MUNGKIN SEBELUM ORANG-ORANG MELAYU HILANG KUASA DAN SEGALA-GALA NYA

1) Menolak Islam yang sebenar dan menubuhkan Islam Hadhari demi karier politik

2) Munafik - tabiat suka berbohong dan suka menipu.

3) Mementingkan keluarga lebih dari agama, bangsa(rakyat) dan negara.

4) Membiarkan kementerian membuat keputusan tanpa diawasi/dikawal oleh ketua - No leadership

5) Merbahayakan negara dengan segala ugutan Amerika Syarikat bila bersuara disebabkan kes penglibatan Scomi dalam penyediaan centrifuge uranium untuk tenaga nuklear Iran dan juga skandal Iraq’s Oil For Food.

6) Disebabkan No. 5 diatas, Pak Lah tak berani bersuara lebih lantang untuk membantu negara-negara OIC mahupun ada kuasa.

7) Salah guna kuasa oleh anak2 buahnya yang tak terkawal
Kes Darwina Catering kepunyaan Datuk Ibrahim yang merupakan salah satu penyebab MAS jatuh juga tidak disiasat

9) Kes syarikat kapal terbang milik keluarga terdekat Pak Lah yang menggunakan duit rakyat disembunyikan begitu saja.

10) Kes AP Skoda guna nama Datuk Ibrahim

11) Kes Scomi dapat kontrak PETRONAS

12) Kes beli kapal layar oleh AK dan diderma kepada Abdullah

13) Kes keceluparan dia menuduh PM yang sebelum ini menghabiskan wang kerajaan yang merupakan punca utama TDM naik berang

14) Kes kenaikkan harga bahan api yang kerap kali dan banyak walaupun boleh dielakkan

15) Kes penyelewengan kontrak secara rundingan terus terutama sekali projek mega spt jambatan Pulau Pinang, Monorel Penang, dsbnya.

16) Kegagalan menguruskan kewangan, sumber dan ekonomi negara dengan baik yang menyebabkan negara terumbang ambing

17) Kes penjualan MV Agusta

18 Kenaikkan indeks rasuah yang menunjukkan F**KLah gagal menangani rasuah tetapi sebaliknya memburukkan lagi gejala rasuah melalui rundingan terus dalam kebanyakkan projek mega

19) Kenaikkan kadar jenayah yang mendadak sejak Pak Lah menjadi PM tidak dibendung apatah lagi untuk dibperbaiki

20) Merosakkan parti, pejuangan parti, dan parti BN sehingga kalah teruk semasa PRU12.

21) Kes kehilangan 2/3 kerusi parlimen dan 5,1 jatuh ke tangan pembangkang

22) Membazirkan duit rakyat yang PETRONAS bagi untuk rakyat.

23) Kes ECMLibra melibatkan menantu Pak Lah

24) Kenaikkan kadar pengganguran disebabkan kegoyahan ekonomi kerana kepimpinan Pak Lah telah menyebabkan pelabur berpindah ke negara lain seperti China, Taiwan, Thailand dan Indonesia.

25) Menyusahkan rakyat sehingga banyak perniagaan yang menjadi punca rezeki rakyat bungkus

26) Kenaikan harga barang dan tol disebabkan tidak dipantau dan ditangani secara bijaksana. Makna “Konsesi” dan “subsidi” tidak beliau ambil tahu maknanya yang sebenar.

27) Kes berjuta RM untuk memperbaiki bangunan parlimen yang bocor. - Salah guna kuasa

2 Kes RM5b untuk buat upgrade security dekat kediaman PM di Putrajaya

29) Kes projek-projek yang dianugerahkan kepada Patrick Badawi spt Monsoon Cup, Masjid Kristal dsbnya

30) Kes penyelewengan ["wang ehsan"=royalti minyak] kerajaan Terengganu.Yang perlu disiasat…

31) Melesapkan Rm 1.4 billion duit Umno yang ditinggalkan TDM kepada nya semasa TDM berundur…

… dan banyak lagi…..

Categories: Dari blog lain

Kerajaan yang lemah tidak baik untuk Malaysia berbilang bangsa

May 3, 2008 · 8 Comments

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung chedet.com atas kata-kata manis di samping menyambut saya ke dunia blog. Secara ikhlas, saya sememangnya terkejut dengan sambutan hangat kepada webblog saya.

Kepada pengkritik dan penentang saya, saya mengalu-alukan komen anda tetapi saya menghargai jika maklumbalas difokuskan kepada isu yang saya tulis. Ini untuk mencipta debat yang sihat dan bagi mengukur perbezaan pandangan yang saya miliki.

Saya mohon maaf kerana jumlah pengunjung yang terlalu ramai, saya mungkin tidak mampu menjawab semua komen serta pertanyaan walaupun saya ingin sekali. Saya akan memilih dan menjawab apa yang dikemukakan berulang-kali oleh para komentar merujuk kepada apa yang telah saya siarkan.

Saya juga tidak akan membalas, kecuali benar-benar perlu, isu-isu yang pernah dikemukakan dan saya telah jawab di fourm-forum lain, khususnya yang melibatkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Berkenaan dengan posting pertama saya mengenai perlantikan hakim-hakim, kebanyakan komentar tidak setuju dengan komen saya bahawa apabila Kerajaan bekerjasama dengan pembangkang ia merupakan satu tanda kelemahan, dan di mana saya menganggap pembangkang sebagai musuh.

Secara politiknya, pembangkang adalah musuh. Bukanlah tidak demokratik apabila terpaksa bekerja dengan pembangkang tetapi ia menunjukkan kelemahan Kerajaan.

Kerajaan yang lemah tidak baik untuk Malaysia yang berbilang bangsa. Ia bakal mengundang cabaran yang tidak sepatutnya terhadap bidang kuasa yang dimiliki. Kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua orang. Jika Kerajaan tidak boleh bertegas dan terpaksa (membuat keputusan) berubah-ubah maka keyakinan akan pudar di mana ia tidak begitu elok untuk melaksanakan polisi-polisi atau projek dengan lancar. Sesetengah orang mungkin sudah perasan akan perkara ini.

Sesebuah Kerajaan yang tidak memerlukan sokongan pembangkang akan lebih mudah mengabaikan gangguan yang terpaksa dihadapi oleh mana-mana kerajaan. Walaubagaimanapun, ia harus meneliti pandangan dan maklumbalas pembangkang di mana yang perlu.

Dalam konteks hari ini, Kerajaan Persekutuan tidak mampu membuat sebarang inisiatif sendiri untuk menggubal Perlembagaan dan ia akan menjadi tebusan setiap kali (mahu melakukannya).

Salah satu perkara yang amat penting mengenai majoriti dua pertiga adalah ia susah untuk mendapat ancaman berpaling tadah. Hari ini kita mendengar tentang ancaman seperti ini setiap hari. Kepimpinan Barisan Nasional menjadi seperti kucing di atas batu-bata panas. Dan kucing-kucing di atas batu-bata panas tidak akan mencapai apa-apa.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini tidak pernah gagal mendapat majoriti dua per tiga. Sebagai ukuran kekuatan, sebuah kerajaan yang memiliki majoriti dua per tiga boleh membuat semua perkara sendiri dan bebas sepenuhnya.

Namun ada juga kemungkinan permintaan untuk mendapat sokongan pembangkang dibuat di atas dasar keikhlasan dan semangat demokrasi. Soalnya adalah mengapa sekarang? Mengapa tidak sewaktu Kerajaan memiliki 90% majoriti selepas Plihanraya Umum 2004? Perubahan mengenai bagaimana hakim-hakim dipilih sepatutnya boleh dilakukan selepas kemenangan besar 2004.

Saya selalu berpendapat bahawa negara ini perlu mempunyai kerajaan yang kuat dan bebas barulah ia boleh berkhidmat kepada rakyat dan tanahair tanpa takut dan memihak.

Tetapi saya juga diketahui sebagai seorang yang percaya kepada pembangkang yang kuat. Ini bagi memastikan Kerajaan tidak lari dari landasan yang betul, atau menyalahguna kuasa yang dimiliki.

Kombinasi sebuah Kerajaan yang kuat (majoriti dua per tiga) dan sebuah Pembangkang yang berkemampuan dan berkeinginan untuk memantau salahlaku Kerajaan adalah baik untuk Malaysia.

Mengenai cadangan terbaru Kerajaan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya kehakiman, adakah kerana sekarang ia fikir itu suatu yang bagus atau adakah ia satu percubaan terdesak untuk memenangi semula sokongan yang hilang?

Mengenai kritikal saya terhadap kepimpinan Kerajaan hari ini, saya percaya saya mempunyai sepenuh hak untuk melakukannya. Bersara hanya bermaksud menyerahkan bidang kuasa dan kuasa. Ia tidak bermakna saya harus meninggalkan peranan saya sebagai warganegara. Saya mempunyai hak untuk merasa bimbang terhadap salah pentadbiran negara dan parti yang telah saya bantu hidupkan semula pada 1987.

Parti ini bukan milik Dato Seri Abdullah seorang. Bukan juga bermaksud untuk terus menyokongnya walaupun apabila beliau gagal mengurus pilihanraya dan negara ini. Parti ini juga bukan milik saya. Ia milik semua ahlinya. Buat masa ini, para ahli parti dilarang bersifat kritikal. Mereka hanya boleh kata ya kepada apa yang Abdullah kata atau buat.

Oleh kerana pembangkang juga menyokong Dato Seri Abdullah, jika saya tidak kritik, maka tidak akan ada (sesiapa yang akan melakukannya). Dan tanpa kritikan-kritikal Kerajaan Dato Seri Abdullah memang akan buat salah.

Sumber asal: Blog Tun Dr Mahathir | Terjemahan: Tempua

Komen di sini

Categories: Dari blog lain

Perlantikan Hakim-Hakim

May 1, 2008 · 3 Comments

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa hakim-hakim akan dipilih oleh sebuah Suruhanjaya yang ditubuhkan khas bagi tujuan berkenaan.

2. Tidak ada perincian yang telah dikemukakan tentang bagaimana caranya Suruhanjaya itu akan berfungsi.

3. Adakah Suruhanjaya itu yang sebenarnya melantik hakim-hakim atau adakah ia hanya mencadangkan nama-nama untuk dipersetujui oleh Perdana Menteri atau adakah Suruhanjaya itu akan membuat cadangan terus kepada Agong di mana DYMM akan melaksanakan hak (melantik) yang ada pada baginda? Atau adakah Agong perlu mendapat persetujuan dari Persidangan Raja-Raja? Atau adakah Persidangan Raja-Raja hanya akan diberitahu bahawa urusan itu sudah diselesaikan? Atau adakah mereka boleh menolak seseorang calon, dan meminta calon-calon baru atau menamakan calon-calon baru yang menjadi pilihan mereka?

4. Tentulah amat menarik untuk mengetahui prosidur-prosidur berkenaan secara terperinci, terutama sekali peranan Perdana Menteri.

5. Perlantikan hakim-hakim diperuntukan di dalam Perlembagaan. Jika perubahan dilakukan dengan cara mana pun, ia akan dianggap melanggar Perlembagaan.

6. Untuk menjadikan sebarang perubahan sah di sisi undang-undang, Perlembagaan perlu digubal.

7. Sepertimana yang semua orang tahu penggubalan Perlembagaan hanya boleh dilakukan jika dua pertiga dari ahli Parlimen yang bersidang setuju dengan penggubalan yang dicadangkan.

8. Kerajaan (sekarang) tidak memiliki majoriti dua pertiga yang diperlukan. Secara sendirian ia tidak boleh mengubah cara bagaimana hakim-hakim dipilih. Ia hanya boleh melakukannya jika mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan undi dari pihak pembangkang.

9. Adakah Kerajaan bercadang untuk bekerjasama dengan pembangkang dalam isu ini, dan dengan itu menunjukkan kelemahannya? Mungkinkah akan wujud quid pro quo, tawar-menawar dengan pihak pembangkang? Menarik sekali untuk melihat bagaimana Perdana Menteri bercadang untuk menyelesaikan semua ini.

Sumber asal: Blog Tun Dr Mahathir | Terjemahan: Tempua

Komen di sini

Categories: Dari blog lain

Rakyat tidak lagi dibenar melawat rumah Perdana Menteri Malaysia

April 29, 2008 · 4 Comments

null

Sewaktu Putrajaya dibuka beberapa tahun yang lepas, saya adalah antara mereka yang pertama berpeluang melihat tempat ini. Ketika itu, Putrajaya masih lagi dalam fasa pertama pembinaannya. Sukar untuk membayangkan yang ia akan kelihatan indah dan menarik seperti apa yang ada hari ini.

Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya rasa cukup bertuah sekali kerana ketika melawat ke Komplek Sri Perdana, rumah Perdana Menteri Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat, saya berpeluang melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah berada di sana. Walaupun tidak berpeluang berbual dengan mereka ketika itu, senyuman dan lambaian mereka cukup untuk menjadi ingatan saya yang sememangnya amat meminati mereka.

Saya berpeluang untuk melihat ruang utama yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menerima tetamu kehormat dari seluruh dunia. Dari ruang mesyuarat, ruang jamuan, ruang rehat dan tandas?! Walaupun sekejap, peluang menjejakkan kaki ke rumah ibarat istana yang mungkin tidak akan menjadi milik saya, adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan selamanya.

Minggu ini saya membawa rakan dan keluarganya ke Putrajaya. Jika selama ini saya bercerita tentang Putrajaya kepada mereka, kali ini saya berharap mereka dapat menyaksikan dan merasai sendiri apa yang saya lalui.

Malang sekali, saya dapati rumah Perdana Menteri Malaysia ini tidak lagi boleh dikunjungi oleh rakyat. (

Apabila bertanya kepada polis yang bertugas di pondok kawalan masuk ke rumah ini, mereka menjelaskan bahawa rumah ini tidak lagi dibuka kepada rakyat untuk lawatan sejak tahun 2004. Ia membuatkan saya tertanya-tanya mengapa? Sedangkan setahu saya bukankah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini lebih berjiwa rakyat?

Putrajaya yang ada sekarang jauh berbeza dari saat awal ianya dibuka. Sungguh menyedihkan!

Artikel oleh Cikgu Azleen. Lawat blog beliau di sini.

Komen di sini

Categories: Dari blog lain