Aku hanya menulis untuk menyatakan apa yang terbuku di hati.
Pendapat aku adalah pendapat aku, pendapat kamu adalah pendapat kamu. Aku tidak memaksa kamu menerima apa yang aku rasa dan kamu bebas menentukan perasan kamu sendiri sebagaimana aku.
Antara aku dan kamu hanyalah perkongsian pendapat. Tiada niat untuk berbalah tetapi yang diharap hanyalah agar kita dapat memahami bahawa dunia ini bukanlah seluas mana tetapi kepelbagaian menjadikan ia penuh dengan corak dan warna.
Jika kamu mempunyai pandangan, cadangan atau komplen untuk blog ini sila kemukakan melalui kotak Reply yang disediakan di bawah.
15 responses so far ↓
Wahed Haris // April 5, 2008 at 1:56 am
Saya seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah luar bandar di Sarawak. Tempat saya Dalat, OK ada streamyx. Jadi Internet adalah hobi dan hiburan saya di tempat ini.
Saya nak tahu macam mana nak buka blog sendiri. Saya amat berminat dalam hal ini. rasanya tak lengkap hidup ini jika tidak ada blog.
Saya suka baca berkenaan dengan analisis politik. saya nak tanya, bagaimana saudara memperolehi sumber-sumber berita.
Maaflah suusunan ayat saya tak betul. Inin kerana saya tidak ada bakat untuk mengarang. Saya cuma guru matematik yang asasnya logik dan tidak tahu hurai.
Tempua // April 5, 2008 at 3:09 am
Salam Wahed,
Terima kasih atas pengenalan, penjelasan dan pertanyaan. Untuk buka blog sendiri, mudah saja. Cikgu boleh pilih samada gunakan wordpress (www.wordpress.com) atau Blogspot (www.blogspot.com). Saya pilih wordpress kerana pilihan template yang lebih menarik - pada mata saya. Cikgu boleh tengok sendiri apa yang ditawarkan kedua-duanya dan pilihlah mana satu yang cikgu suka. Daftar blog sendiri bukan susah, tak sampai pun 5 minit. Ikut saja arahan dan beri info yang mereka perlukan.
Bila dah ada akaun blog sendiri, bila cikgu log in blog cikgu pertama sekali, belajarlah mengenai cara menggunakan blog cikgu dengan pergi ke setiap bahagian (klik semua menu yang disediakan). Bila dah faham, bolehlah mula mengisi kandungan. Cikgu boleh menulis tentang apa saja dan cikgu boleh kategorikan setiap topik yang cikgu tulis mengikut kategori yang cikgu tentukan sendiri. Cabaran utama berblog bukanlah nak belajar menggunakannya tapi bagaimana nak mengisinya.
Jika cikgu suka membuat analisis atau komentar, cikgu boleh melakukannya berdasarkan sumber berita lain seperti dari sumber suratkhabar, internet atau blog-blog lain. Yang penting tulis sesuatu yang berasaskan kepada sesuatu yang benar.
Setiap orang ada cara menulis atau menyampaikan sesuatu, jadi jangan bimbang tentang kebolehan mengarang. Blog biasanya lebih menampilkan pandangan peribadi kerana penulisnya menyampaikan sesuatu terus dari hatinya. Pendek kata blog cikgu akan menampilkan personaliti cikgu.
Saya harap penjelasan ini memadai. Jumpa lagi cikgu…
jebatmustdie // April 9, 2008 at 10:53 am
ya betul. wordpress elok sikit dari blogspot and more user friendly. saya selalu mengunjungi laman saudara. dan saya kira kita mempunyai matlamat yang sama untuk menekan pak lah supaya meletak jawatan.
oleh itu, selamat menulis!
pakcik wahed // April 9, 2008 at 11:38 am
Pak Lah kata agenda pembangunan pulau pinang akan tetap diteruskan. Pakcik rasa mungkin banyak lagi projek Anak beranak beliau yang masih berjalan di Penang. Bolehkah saudara senaraikan projek besar yang dipelopori oleh kaum kerabat PM?
Tempua // April 9, 2008 at 2:03 pm
Terima kasih atas galakan, jebatmustdie.. selagi paklah tak letak jawatan susah nak agak ke mana hala bangsa dan negara kita ni… Cukup merisaukan.
Tempua // April 9, 2008 at 2:08 pm
Salam Pakwahed, saya kurang arif tentang apa-apa perniagaan yang dimiliki oleh anak beranak Paklah. Yang lebih menjadi kebimbangan saya adalah ketundukan Paklah kepada anasir luar seperti Singapura, US dan Anwar Ibrahim. Mereka semua sedang menggunakan Paklah untuk melaksanakan agenda mereka.
Tapi ini bukan bermakna saya setuju dengan penyalahgunaan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarga, tapi bangsa dan negara kitasedang berhadapan dengan pelbagai musuh dan isu dari segenap penjuru. Jadi kita perlu tahu yang mana harus menjadi prioriti kita…
kedahan // April 17, 2008 at 6:17 am
Minta tuan masukkan link website saya dalam senarai link blog tuan…www.politictoday.com…
terima kasih
Tempua // April 17, 2008 at 9:26 am
Salam kedahan,
Kan dah ada link tu. Tengok betul-betul… tq
Lensarakyat // May 4, 2008 at 8:16 am
Sahabat,
Seandainya kita semua dapat lahirkan fikiran yang bernas, apa salahnya kita berblog demi kebaikan kita. Ramai yang tidak faham pemikiran TDM. Jika tidak silap, GPMS pun dah buat seminar arah dan style pemikiran TDM… tapi tidak kita ketahui apoa resolusinya…
mungkin mreka gagal baca.. Bila gagal mendapat laporan ini.. maka kita marah bila TDM buka mulut….
baik kiat cari dah cuba baca akhbar sebelum Jan 2003..
Tempua // May 4, 2008 at 1:16 pm
Salam Lensarakyat,
Saya setuju ramai yang tidak faham pemikiran TDM. Pemikiran TDM sebenarnya bukan susah, ia berasaskan nilai-nilai universal, terbuka, logik dan praktikal. Namun masyarakat kita tidak terdidik dengan corak pemikiran seperti itu. Kita lebih dilatih menjadi umat yang jumud dan tertutup samada melalui sistem persekolahan ataupun agama kita. Sukar untuk kita membuang perspektif yang dah sebati dalam minda dan jiwa kita, iaitu yang dipanggil paradigma. Jika kita nak faham apa yang ingin disampaikan oleh pemikiran TDM, kita kena berani berfikir di luar tempurung yang melingkungi kita selama ini…
Warisan // June 25, 2008 at 5:12 am
RPK satu nama yang tidak asing di kalangan blogger negara ini. Kebanyakkan tulisan yang di hasilkan adalah bertujuan untuk mengkritik kerajaan dan melemparkan pelbagai tuduhan bagi melemahkan intergriti kerajaan pimpinan Pak Lah.
Dua hari lepas, RPK kembali membuat onar dengan menerbitkan akuan bersumpahnya bagi memfitnah isteri kepada Najib Tun Razak. Setelah percubaannya untuk menjatuh Najid gagal, dia beralih arah pula kepada Rosmah, kerana isteri Timbalan Perdana Menteri itu adalah sasaran yang mudah (easy target).
Setelah pilihanraya umum berlalu, dia yang semakin di lupakan harus melakukan ‘come back’ untuk mengelakkan namanya terus terkubur. Untuk membolehkan laman blognya terus menjadi tatapan, maka satu isu yang besar dan dapat menyakinkan khalayak harus di buat.
Jalan terbaik ialah dengan mengunakan isu Najid dan Altantuya. Persoalannya mampukah isu itu untuk ‘meletup’ seadainya tanpa sebarang dokumen sokongan. Penyelesaiannya RPK mencuba nasib dengan memberikan akuan bersumpahnya sebagai sokongan kepada tuduhannya.
Persoalanya, apakah akuan bersumpah itu boleh di guna pakai? Sedangkan menurutnya, dia hanya memperolehi isu itu melalui ’sumbernya’. Atau dalam bahasa mudah RPK hanya mendengar isu ini dari cerita orang (hearsay).
Seandainya kita berpegang kepada cerita orang, pelbagai cerita dan isu boleh di ketengahkan. Contohnya RPK sendiri pernah di cerita orang sebagai paderi melayu. Anaknya juga pernah di katakan mengamalkan seks bebas (bohsia) dan tidak bermoral.
Tapi itukan hanya cerita orang. Masakan boleh di jadikan bukti di dalam mahkamah. Mulut orang mana boleh di tutup. Kita sendiri mendengar pelbagai cerita setiap hari, namun bukan semua boleh dipercayai.
Atau RPK cuba mengambil kesempatan di atas ketelusan mahkamah ketika ini dengan menjadi hakim walaupun kes ini masih di bicarakan. Mungkin juga beliau bercita-cita menjadi Lingam versi baru untuk mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan.
Di satu sudut lain, RPK sedar seandainya dirinya di tangkap, cita-citanya untuk memperbesarkan isu ini akan menjadi kenyataan. Benar atau tidak isu yang di tulisnya adalah persoalan yang kedua. Apa yang penting imej dan kredibiliti Najib di calarkan.
Ini kerana, seandainya di bicarakan, ia akan akan mengambil masa yang lama untuk di selesaikan. Dan lagi setiap kali di panggil ke mahkamah, dia bakal mendapat publisiti percuma dari media tempatan.
Itulah hasrat hatinya yang sebenar, menburukkan imej Najib dan UMNO, di masa yang menjadikan UMNO terus parah di mata masyarakat.
Yang mana kedua-duanya akan memberikan kelebihan dan ‘mileage’ kepada diri dan blognya. Sungguh licik percaturan RPK dalam mempromosikan dirinya.
Logiknya, seandainya benar RPK yakin dengan kebenaran ceritanya, mengapa tidak di hebahkan semasa pilihanraya yang lalu? Bukankah itu masa yang paling sesuai untuk menjatuhkan kerajaan.?
Mengapa harus tunggu sehingga pilihraya umum berlalu? Maka nyatalah akan niat jahat si RPK yang tersurat di sebalik akuan bersumpahnya itu.
Dari kalangan teman sealiran, penulis di fahamkan ‘budak jambu’ Anwar Ibrahim ini telah di bayar dengan jumlah yang besar untuk meneruskan usaha memfitnah pemimpin tertentu di dalam UMNO.
Dengan sejumlah wang yang diberikan, siapa sahaja sanggup beliau jatuhkan dan naikkan. Inilah yang di namakan ‘penulis pelacur’ yang melacurkan bidang penulisan bagi menagih keuntungan. Tuduhan ini ada asasnya, kerana tanpa kerja dan pendapatan tetap adalah mustahil seseorang itu mampu untuk ’survive’ di zaman ini.
Lainlah beliau mempunyai mesin memproses duit di rumah, atau bapanya meninggalkan harta puluhan juta buat dirinya. Atau di belakang rumahnya mempunyai gua harta karun si Ahmad Albab, hingga membolehkan dirinya menyara keluarga tanpa bekerja.
Dan masakan RPK seorang lelaki yang dayus yang makan hasil dari sumber bini. Tetapi penulis berkeyakinan beliau bukan tergolongan dari golongan itu. Maka cakap-cakap yang mengatakan beliau sebagai ‘penulis pelacur’ ada asasnya.Benar atau tidak kata-kata itu, biarlah pembaca yang menilainya secara logik.
Namun, RPK bukanlah ‘one men show’ pasti ada dalang di sebalik wayangnya ini. Andai di lihat secara halus, objektifnya hanya satu, iaitu menjadikan UMNO terus lemah dan berpecah.
Dengan lemahnya UMNO akan memudahkan laluan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Dan lagi seandainya Anwar berjaya di nobatkan sebagai Perdana Menteri, akan membolehkan beliau terus menerima habuan seperti yang pernah di terimanya ketika Anwar menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.
Kesimpulannya, untuk meletakan RPK sebagai seorang penulis hebat yang menulis untuk kepentingan rakyat tiada asasnya. Jiwanya bukan untuk mencari kebenaran tetapi untuk mencari keuntungan diri sendiri semata-mata.
Buat pembaca yang bijak, baca boleh percaya jangan……
Jazimin // June 26, 2008 at 6:56 am
Assalamualaikum…
Boleh tak saya nak copy artikel Tuan berkaitan minyak naik dan paste kat blog saya???
Tempua // June 26, 2008 at 11:59 pm
Salam Jazimin,
Tak ada masalah.. Tq
akaipc // June 29, 2008 at 7:13 am
salam saudara tempua…
memang benar kata saudara tu tentang ayat “pendapat aku adalah pendapat aku, pendapat kamu adalah pendapat kamu”. Kepelbagaian pendapat sebenarnya adalah cerminan terhadap peribadi diri kita sama ada seorang yg kreatif, kritikal, agresif, cemburu, dengki dan sebagainya.
bagi saya dalam menilai btk pemikiran seseorg, kita kena baca dan faham apa yg hendak disampaikan dlm penulisannya. menulis ini adalah satu seni komunikasi bergantung kpd tujuan penulisnya. sama ada utk mberi kesedaran (penulis motivasi), membuka minda (pemimpin spt TDM dan mufti perlis ustaz Asri), mempengaruhi pemikiran spya kekal menyokongnya walaupun mcm2 pembohongan telah dilakukan (tulisan dlm akhbar berita hairan dan utusan meloya).
berkenaan blog, wordpress memang mesra pguna tp saya sudah terbiasa mgunakan blogspot jd saya truskn saja guna blogspot. Blogspot ada dua jenis, satu versi klasik dan satu lagi versi baru. versi baru ni payah sikit nak guna sbb tak boleh nak tambah mcm2 page element, kelebihannya hanya boleh guna mcm2 template yg menarik.
kpd pakcik wahed…kalau nak belajar buat blog boleh jumpa saya di makmal kimia.
akaipc // June 29, 2008 at 9:58 am
utk perhatian sedara tempua, http://www.tempua.wordpress telah saya masukkan dlm senarai RAKAN BLOGGER di dlm blogspot saya.
Leave a Comment