Pagi tadi (16 Julai 2008), saya terdengar siaran langung dari dewan rakyat (di Radio24) di mana seorang wakil rakyat telah mengemukakan satu usul yang mahu mendapatkan penjelasan mengapa baru-baru ini Bank Negara dikatakan telah menarik balik pembatalan nilai bagi wang kertas denominasi RM500 dan RM1000 yang telah dibuat sejak kerajaan membuat kawalan ringgit pada tahun 1998.
Maknanya selepas pembatalan nilai dilaksanakan, wang kertas RM500 dan RM1000 tidak lagi laku di pasaran. Sebelum ia dikuatkuasakan dulu, Bank Negara telah menetapkan satu tarikh akhir kepada semua pemegang wang kertas dengan nilai-nilai berkenaan supaya membuat pertukaran kepada denomimasi wang kertas yang kekal sahlakunya. Selepas tarikh yang ditetapkan itu note RM500 dan RM1000 tidak lagi boleh diniagakan atau ditukar. Ia sudah tidak ada nilai.
Jadi mengapa selepas begitu lama, tiba-tiba saja Bank Negara mengubah pembatalan berkenaan dan dikatakan membenarkan pertukaran sejumlah lebih RM5 billion wang kertas yang berdenominasi RM500 dan RM1000?
Jika perkara ini benar tentulah ia perkara besar dan perlu disiasat. Bukan saja wakil rakyat yang mengemukakan usul itu, bahkan saya juga berminat untuk tahu mengenainya. Saya nak tahu mengapa kerajaan atau Bank Negara sanggup membayar lebih dari RM5 billion untuk membeli wang-wang kertas yang umum mengetahui ia sudah tidak laku lagi?
Siapa pihak atau pihak-pihak yang telah membuat pertukaran itu?
Memang tak munasabah tatkala Anwar Ibrahim yang sudah terbayang akan tidur dalam lokap pun masih boleh berfikir untuk mencari RM5 billion bagi mengelak dari harga minyak dinaikkan, kerajaan yang ada sekarang pula membazir RM5 billion untuk membeli wang kertas yang mereka sendiri sudah batalkan sejak sekian lama.
Malangnya, usul berkenaan telah ditolak oleh Yang DiPertua dengan alasan kalau tak silap saya, tidak penting. Apa nak jadi dengan negaraku Malaysia… isk.
3 responses so far ↓
dagu // July 17, 2008 at 3:30 pm
Senang utk mereka ‘hulur’ jika ada kempen.
Senang bawa satu RM 1juta dengan dua genggaman tangan
aku budak changlun // July 23, 2008 at 5:26 am
Sah-sah la kerja bawah pak bodolah. Jadi yang dia ambil kerja dengan dia semua yang dungu-dungu dan bodoh macam dia.
Tempua // July 23, 2008 at 9:45 am
Salam budak changlun,
Malangnya isu ini senyap terus. Dan tak ada siapapun buat follow up. Kalau betul ini memang melampau. Apa jadah kerajaan sekarang mentadbir? Duit buang sana-sini. Rakyat dipaksa hidup dalam keadaan tertekan.
Leave a Comment