Saya suka mendengar Radio24, di 93.9 FM, radio berita Bernama. Bagaimana saya hanya mendengar semasa memandu. Oleh kerana saya memang banyak menghabiskan masa di atas jalan, jadi boleh dikatakan selalu jugalah berpeluang mendengar siaran radio berkenaan.
Saya berpendapat Radio24 adalah satu konsep penyiaran radio yang baik. Di negara kita boleh kata semua stesen radio lebih mementingkan aspek hiburan atau sememangnya semata-mata hiburan. Oleh itu apabila wujud stesen radio seperti Radio24, ia pasti menarik minat golongan yang lebih suka beriadah dengan berfikir dari sekadar mendengar muzik dari pagi sampai subuh.
Radio24 masih memerlukan banyak kreativiti dan kerja bagi memperbaiki dan memantapkan isi kandungannya. Sekarang, siaran sebelah siang banyak berlegar kepada berita semasa yang diulang-ulang diselangi dengan perbincangan serta undian mengenai sesuatu isu khusus yang diajukan kepada para pendengar untuk hari itu. Ia menarik. Melaluinya kita dapat mendengar pelbagai pendapat dari anggota masyarakat yang berminat untuk turut serta dalam perbincangan berkenaan.
Di sebelah malam pula, lebih banyak pengisian melalui program wawancara. Banyak juga topik-topik berkaitan politik yang dipaparkan dan salah seorang pengendali wawancara bersifat politik adalah Tuan Asmawi. Apa yang menonjol mengenai Tuan Asmawi adalah kebencian beliau kepada Tun Dr Mahathir. Melalui kelebihan beliau sebagai host rancangan, saya lihat beliau sering memancing tetamunya supaya memberi gambaran buruk kepada Tun.
Saya fikir, sebagai stesen radio yang didengar oleh kelompok yang lebih berfikir, Radio24 tidak sepatutnya menyimpan atau membiarkan host yang kelihatan begitu seronok menggunakan kedudukannya sebagai platform melepaskan prejudis dan dendamnya terhadap seseorang. Ia tidak manis. Ia juga langsung tidak profesional.
4 responses so far ↓
tuan asmawi tuan umar // July 16, 2008 at 1:42 am
Assalamualaikum wrm.wbt
Saudara , jangan tersalah anggap terhadap saya , saya tidak membenci Tun , malah banyak acara yang saya jadi Emcee yang dihadiri oleh Tun, mungkin saudara juga tidak mendengar temubual saya dengan YB Mahfuz Omar yang juga kawan saya , YB Azmin Ali dan ramai lagi. Saya tidak fikir untuk berbuat demikian tetapi sudah menjadi resam segmen politik yang menjadi kebencian orang. Disebabkan kebanyakan rakan-rakan lain tidak mahu mengambil risiko tidak mengapa mengendalikan program tersebut , pengalaman saya tidaklah lama dalam penyiaran radio dan TV , cuma sekadar 14 tahun lebih begitulah. Salam persahabatan buat saudara. Wassalam-
Tuan Asmawi
Tempua // July 16, 2008 at 4:51 am
Salam Tuan Asmawi,
Saya tidak perlu mendengar temubual sdr dengan Mahfuz, Azmin atau lain-lain kawan sdr untuk memahami pendirian sdr terhadap Tun Dr Mahathir. Dari beberapa program temubual sdr di radio24 yang mana saya berpeluang mendengar, adalah jelas sdr bekerja keras untuk memancing tetamu sdr supaya bersetuju dengan gambaran sdr bahawa Tun dahulu menutup pendapat rakyat, bersifat autokratik, tidak telus, kerajaan di bawah pimpinan Tun tidak ada integriti dan sebagainya.
Saya faham sdr peminat Paklah. Tapi tak payahlah berperangai seperti Paklah atau menjadi agen kebiadapan beliau semata-mata mahu menutup kelemahan sendiri.
Sdr kata zaman Paklah lebih telus, lebih berintegriti, lebih mendengar dan menerima pandangan rakyat. Betul ke? Atau apa yang berlaku sebenarnya hanyalah Paklah kehilangan kawalan akibat kebodohan dan kegagalan beliau menjadi pemimpin yang berkesan?
Tidakkah sdr nampak bahawa ‘kebebasan’ yang kononnya wujud hari ini lebih menonjolkan kebodohan dari kebijaksanaan? Lebih bersifat anarki dari berkepimpinan. Adakah sdr sudah merasa cukup berpuashati dan gembira bila melihat ahli-ahli politik melayu hari ini bagaikan mendapat kebebasan tanpa sempadan untuk berpolemik atau tikam-menikam sesama sendiri? Adakah itu rupa kebebasan yang ideal bagi sdr. Tidakkah sdr tahu bahawa di sebalik kebebasan tidak ketahuan hala di antara pemimpin-pemimpin Melayu itu, dalam sedar tak sedar bangsa kehilangan banyak hak, hilang maruah dan semakin dipandang tongong oleh bangsa lain?
Saya peduli apa sdr sudah 14 tahun dalam bidang penyiaran atau menjadi MC di majlis-majlis yang dihadiri Tun. Itu hanya kaedah sdr cari makan. Cicak kubing pun bertukar-tukar warna untuk hidup.Tapi kalau jadi host dalam program wawancara, apatah lagi di radio awam janganlah lebih sudu dari kuah. Kalau sibuk nak menyucuk sentimen peribadi jangan jadi host.
Apapun, terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
akaipc // July 19, 2008 at 1:06 am
setuju dgn sedara tempua…kalau ada kebebasan dan lebih telus pun tp tak berkesan dan lebih byk menimbulkn masalah dlm kepimpinan dan pentadbirn…buat apa. kalau menyusahkn diri sdiri takpa jugak tp ini membabitkan seluruh rakyat mjd susah dan gundah gulana.
sdgkn dlm Islam sdiri pun tak lah bgitu telus dan bebas sgt, nak buat sesuatu kena ada adab dan tertib barulah sesuatu perkara yg nak dilakukan itu mjd teratur dan betul. kehidupn manusia pun jd sempurna.
seseorg yg nak jd host rcgn ni bkn skadar perlu ada pengalaman lama tp kena ada ilmu pengetahuan yg byk dan berminda terbuka utk menilai sesuatu mana baik dan mana buruk. jgn krn ada kepentingn sesuatu yg kelihatan buruk itu disembunyikan dan memburukkan pula pihak lain smata2 nak membodek dan mengampu pihak yg memang sah dah nampak buruk dan keji tp tak nak mengaku kelemahan sdiri.
rakyat skrg bukan mcm dulu, trima apa saja yg dibentangkn dpn mata. rakyat skrg dah byk yg berpendidikan tggi dan tau membuat penilaian, tp bg pak lah rakyat sebegini dikatakannya telah terpengaruh dgn dakyah pembangkang dan percaya pd fitnah yg byk tersebar dlm blog. bak kata lagu pak pandir, ada mata tengok..ada telinga dengar..ada mulut diam..kalau bising2 kena ISA. jd gunakan mata dan telinga sebaik2nya krn kadang2 perilaku dan perkataan yg dikeluarkn oleh kbykn pemimpin hari ni tak boleh pakai, byk temberang. kita perlukan pemimpin yg praktikal bkn yg berpura2 baik bg itu bg ini, bebas sana telus sini tp akhirnya memakan diri sdiri dan menyusahkan rakyat.
aku budak changlun // July 23, 2008 at 5:32 am
Saya kecewa dengan Tuan Asmawi yang boleh dibeli kerana ada kepentingan. Dulu masa sebelum sahur saya suka ikuti dia sebagai hos untuk program di RTM. Saya pun dah lupa nama program tu. Lepas ni jangan harap saya nak tengok lagi kalau ada muka dia.
Saya memang tak dengar radio 24. Apa radio tu? Hebat sangat ke? Saya ada dapat sticker dia tapi maaflah kalau ada kena mengena dengan Zam Maideen…saya tong sampahkan je.
SELAMAT TINGGAL TUAN ASMAWI.
Leave a Comment