Paklah sekali lagi mengumumkan pelan peralihan kuasa. Kali ini beliau memberi tempoh masa. Katanya beliau akan meletakkan jawatan pada Jun 2010 dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib. Sekali lagi juga Najib merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Paklah di atas kepercayaan yang diberikan.
Hahahahaha… maaflah, tapi saya memang merasa sungguh kelakar. Sudah berapa kali Paklah menyebut tentang pelan peralihan kuasanya dan sudah berapa kali entah Najib merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Paklah. Walaupun kali ini Paklah memberi satu tempoh, namun lagak dan lakonan kedua-dua orang pemimpin tertinggi negara ini semacam menonton gelagat Pak Pandir dan Lebai Malang.
Paklah sebenarnya tidak layak memimpin negara. Dia tidak mampu. Walaupun belum sampai 5 tahun memimpin kita, kerosakan yang telah berlaku akibat kebodohan beliau pasti akan menjadi sebutan sehingga ke anak cucu. Paklah adalah satu-satunya Perdana Menteri bengap yang pernah memimpin Malaysia. Tidak cukup dengan itu beliau juga akan dikenang sebagai seorang yang khianat dan busuk hati.
Najib pula tidaklah lebih baik dari Paklah. Saya melihat beliau terlalu lembik dan tidak memiliki conscience yang cukup kuat untuk menjadi pemimpin tertinggi kita. Bagaimana beliau boleh menjadi pemimpin yang berkualiti dan berkesan jika kerosakan berlaku di depan mata sendiri pun beliau tidak mampu menegur apatah lagi menentang?
Saya berpendapat UMNO wajar mengambil balik jawatan Paklah untuk diberikan kepada orang lain yang selayaknya. UMNO boleh memanggil satu Mesyuarat Agung Khas bagi meminta ahli-ahlinya membuat satu undian bagi memilih seorang pemimpin yang mereka rasa layak untuk menjadi pengganti Paklah. Selepas keputusan undian diperolehi, Paklah perlulah meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada sesiapa saja pemimpin yang telah dipilih oleh ahli-ahli UMNO dalam undian berkenaan.
Dalam kemelut kepimpinan yang kelihatan buntu seperti sekarang, adalah lebih adil untuk memberi peluang kepada ahli-ahli parti membuat keputusan.
Jika cara begitu bukan budaya UMNO, biarlah. Selama ini presiden bodoh dan bengap seperti Paklah pun bukan sebahagian dari budaya UMNO, kan?
2 responses so far ↓
akai pc // July 11, 2008 at 11:23 am
bercakap mengenai cara pmilihan prsiden US, seseorg calon itu prlu mnunjukkan kbolehnnya sbgai pmimpin mlalui hujah dan plan masa dpnnya utk ngara jk tpilih sbgai presiden. ssorg calon itu akn bkempen ke seluruh ngara dan bpidato mengenai buah fikirn dan plan msa dpnnya utk ngara.
tp di ngara kita, sorg pmimpin yg bengap dan tidak ptah bhujah dgn mudah diangkat mjd PM baru mnerusi PM sblmnya. saya tak brapa tau sgt sistem pmilihan sorg PM atau prsiden ni tp di US dan UK jk seseorg itu tak mnunjukkn kpimpinan yg mngikut khndak rakyat mrka maka jawatan mrka akan dicabar oleh calon baru dan calon itu akn bkmpen bg mnarik sokongan pngundi.
pmilihan dan sesi cabar mcabar ni mmang wujud dan sngit ktika mula2 Tun jd PM dulu dan di akhir era kpimpinan Tun ruang ini tlah cuba ditutup dan kesemptn ini tlah digunakn sbaik2nya oleh sorg PM yg dilantik dgn mudah sgguhpun bngap dan lembab utk mnyeleweng dan mjd boneka pd kluarga dan kroni sdiri.
sistem pmilihan PM prlu kmbali kpd asal, ssiapa yg dilantik mjd prsiden UMNO akn jd PM. ahli2 biasa UMNO prlu dibri kuasa utk mngundi bakal prsiden parti dan ssorg calon prsden itu prlu tampilkan kbolehnnya sbgai sorg pmimpin yg brwibawa dan brpandangan jauh srta mpunyai idea2 yg bijak.
attan // July 11, 2008 at 5:46 pm
Abdullah sedar bahawa dia sudah tidak diperlukan lagi…..tempoh 2 tahun peralihan kuasa ini hanya untuk mengumpul seberapa banyak wang bagi menyelamatkan perniagaan kaum keluarganya saja…..selepas ini banyak dasar-dasar baru yang berkaitan dengan kenaikan cukai dan kadar harga…..pendek kata banyak subsidi akan ditarikbalik…..rakyat dipaksa mengeluarkan duit kocek….alasannya kemelesetan ekonomi dunia…..sama-sama kita lihat.
Leave a Comment