:: T E M P U A ::

Negara sarkas

July 4, 2008 · 5 Comments

Malaysia hari ini nampak serabut betul. Ke mana sebenarnya arah tuju negara kita? Kerajaan langsung tidak ada fokus, tidak ada kesungguhan. Apa yang telah dirancang dan diatur oleh kepimpinan terdahulu bagi meneruskan momentum pembangunan serta kemakmuran rakyat dan negara selepas pertukaran tampuk kuasa dibatalkan, ditangguh atau diubahsuai. Kerajaan beralih kepada dasar pentadbiran baru iaitu dasar ad hoc dan flip-flop.

Hasilnya, lima tahun selepas Paklah menjadi Perdana Menteri, langsung tidak ada apa-apa yang bermakna atau membanggakan telah dicapai oleh negara ini baik di peringkat nasional mahu pun di persada dunia. Wawasan 2020 yang dulu begitu hangat, dekat dan dinanti-nantikan rakyat lenyap begitu saja. Hari ini yang hangat hanyalah perangai para pemimpin yang sibuk berpolitik demi tembolok dan kelompok sendiri saja.

Perdana Menteri entah apa-apa. Dahlah lembab dan bodoh. Merosakkan pula. Menteri-menteri pun tak kurang juga. Perangai masing-masing macam penyamun tapi bila bercakap macam keldai. Idea-idea yang datang dari otak udang mereka langsung tak boleh pakai. Kesan dari perlaksanaan idea-idea mereka tidak akan lari dari menyusahkan rakyat atau menyusahkan diri mereka sendiri atau menggadai negara.

Perkembangan terbaru memburukkan lagi kecelaruan politik di negara kita. Keldai buat sarkas pun belum tentu dapat mengatasi kelakuan dan kebingaian yang ditunjukkan oleh ahli-ahli politik kita sekarang. Yang itu kata ini, yang ini kata itu. Ada yang dituduh mengebom, ada yang dituduh liwat, ada yang main api perkauman, ada yang ambil kesempatan, ada konspirasi, ada teori, ada khabar angin, ada fitnah, ada dakyah..

Saya sebenarnya percaya di atas semua yang diperkatakan memang ada yang mengebom, ada yang meliwat, ada yang memanaskan api perkauman, ada yang ambil kesempatan, ada yang berkonspirasi, ada yang sebar teori, ada yang sebar khabar angin, ada yang buat fitnah, ada yang berdakyah… Soalnya sampai bila kita harus membiarkan ahli-ahli politik seperti mereka ini menjadi penentu kepada masa depan bangsa dan negara kita?

Categories: Politik

5 responses so far ↓

  • attan // July 5, 2008 at 10:18 am

    Kehebatan dan kekuatan sesebuah negara itu bergantung kepada kreativiti dan semangat cintakan negara oleh rakyatnya….penjanaan dan penjelmaan aspirasi semangat rakyat ini didorong oleh kebijaksanaan akal pemimpin mereka terutama PERDANDA MENTERI.Pendek kata, Jika perdana menteri itu bijak, sudah pastilah rakyat turut bijak….’jernih di hulu maka jernihlah dihilir’….apa yang sedang berlaku dalam politik malaysia sekarang ini, nampaknya ‘Dihulu keroh manakan boleh jernih dihilirnya’…..untuk memimpin rakyat malaysia yang begitu ‘advance’ pemikirannya maka perdana yang ’superpower’ diperlukan….Abdullah hanya standard ‘pemimpin persatuan aje’…..

  • Tempua // July 5, 2008 at 12:30 pm

    Salam attan,
    Negara kita ni teruk sangat sekarang ni sebab tak ada siapa yang nak bercakap benar. Pemimpin menjadi pembelit. Media pun diarah membelit. Yang dibelit rakyat. Pemimpin sepatutnya menjadi akar tunjang yang mengukuhkan rakyat dan negara sambil menyuburkannya. Tapi pemimpin kita sekarang menjadi dedalu…

  • x umno_jr // July 8, 2008 at 2:23 pm

    salam….
    masalahnya kalaula berjaya ‘dicantas’ habis semua pemimpin yang ‘pengebom,peliwat,yang menghuru harakan kaum, sdb….siapa yang tinggal?kalaupn perdana menteri kononnya akan turun’ dari takhta nanti saya x nampak lagi pemimpin pelapis yang bersih untuk menggantikan pak lah.ataupn saudara ada cadangan atau saya yang terlepas pandang?

  • Tempua // July 9, 2008 at 3:46 am

    Salam x umno jr.

    Saya tidak ada cadangan. Politik melayu hari ini sedang berada dalam keadaan paling buruk dan merosakkan. Ia sebenarnya di luar jangkauan akal yang rasional. Tiada apa yang dapat mengubahnya. Anggaplah tulisan saya ini sebagai satu keluhan peribadi akibat dari kekecewaan yang amat sangat kerana mengetahui bahawa di atas semua kekalutan yang berlaku saya tidak dapat berbuat-apa. Seperti kata sdr, kalau semua dicantas, siapa yang tinggal? Begitulah sempitnya nasib (atau pemikiran?) orang melayu.

    Saudara bagaimana? Selesakah dengan keadaan yang ada ni?

  • aku budak changlun // July 24, 2008 at 10:47 am

    Salam saudara-saudara sekelian,

    Saya pun tak nampak siapa yang sesuai untuk ambil alih tampuk pemerintahan negara. Yang nampak bersinar sekarang hanyalah Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

    Pernah saya ingat beberapa nama yang elok tapi rupa2nya mereka main wayang juga. Entahlah….tak guna ada banyak kuantiti tapi tak ada kualiti.

    Yang ada sekarang pun banyak menyemak je. Reezal Merican, KJ dan lain-lainlah macam hampas je.

Leave a Comment