:: T E M P U A ::

Sistem persekolahan pecah-belah perlu diubah

July 3, 2008 · 5 Comments

Negara kita mengamalkan sistem pendidikan pecah-belah. Sebab itulah masyarakat kita juga berpecah-belah mengikut kelompok, misalnya kelompok kaum atau antara yang sekular dengan yang ‘alim’.

Mengapa kita perlu mengasingkan anak-anak atau remaja-remaja kita dalam kelompok-kelompok perkauman atau keagamaan melalui sistem persekolahan mereka? Mengapa kita tidak mewujudkan satu jenis sekolah sahaja? Cita-cita untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang benar-benar teguh dan berjaya tidak akan dapat dicapai selagi sistem persekolahan pelbagai genre yang kita amalkan sekarang tidak diubah.

Kita mesti satukan semua sekolah; baik sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan, agama, teknik, vokasional atau apa saja dalam satu ‘jenis’ sekolah sahaja. Kemudian kita perlu bebaskan pelajar untuk memilih mata pelajaran yang mereka ingin ambil. Ia seperti sistem yang digunapakai di universiti.

Sudah tentu kerajaan boleh tetapkan beberapa matapelajaran teras sebagai mandatori, tetapi mata pelajaran lain terpulanglah kepada pelajar. Biarlah mereka sendiri memilih untuk belajar bahasa Mandarin, bahasa Arab atau matapelajaran yang bersifat teknikal, vokasional, pengurusan dan sebagainya sesuai dengan keinginan, kecenderungan dan kemampuan masing-masing.

Berapa banyak matapelajaran yang mereka ingin pelajari juga terpulang kepada mereka asalkan mereka tidak meninggalkan mana-mana matapelajaran dalam kategori mandatori.

Dengan sistem satu sekolah untuk semua seperti ini, para pelajar boleh belajar di bawah satu bumbung tanpa mengira bangsa atau agama. Ia juga memberi mereka peluang untuk berinteraksi dengan lebih bebas dan belajar sesuatu yang benar-benar mereka minati. Ia akan mempercepatkan kematangan generasi muda kita, baik dari segi hubungan antara kaum mahupun dalam soal hala tuju diri masing-masing.

Categories: Sosial

5 responses so far ↓

  • attan // July 3, 2008 at 5:55 pm

    Tepat apa yang tuan perkatakan EDWARD DE BONO dalam bukunya bertajuk “PEMIKIRAN SELARI” ….telah menghuraikan konsep ini…..

  • akaipc // July 4, 2008 at 10:08 am

    kalaulah para ibu jd guru kpd anak2 di rumah… ibu2 ni kenalah dihantar berkursus dr semasa ke semasa cara mdidik anak dan mgunakan kmudahan yg ada misalnya internet sbgai medium pemerolehan ilmu. ibu2 ni diberi elaun bulanan. bg mdidik anak2 ni hdup bermasyarakat maka diluar sana perlu ada kelab2 dan persatuan yg sesuai dgn mereka dikendalikan oleh kementerian tertentu. aktiviti persatuan ni perlu penglibatan skurang2nya sekali atau 2 kali smggu dan ibu kena hantar mereka.

    ibu bapa mana yg tak nak melihat anaknya berjaya dgn cemerlang dan mdpt didikan yg sempurna dan betul, adalah lebih baik mdpt didikan di rumah drpd di sekolah yg nampaknya kurang berkesan dan hanya memenuhi kehendak pihak tertentu yg berkepentingan saja terhdp tenaga kerja dan kemahirn anak2 kita, tp bila anak2 kita rosak akhlak mereka lepas tgn dan menyalahkan ibu bapa. apa yg saya perhatikan di sekolah2 skrg ni pelajar kurang berminat nak belajar sbb terlalu byk pengaruh negatif dan budaya ‘gang’. lagipun dlm sebuah kelas sampai ada 40 org murid. guru akn hilang tumpuan dan penguasaan terhdp kawalan pelajar yg smakin nakal dan degil skrg ni. rasanya kita kena kembali kpd yg asas iaitu mengembalikan hak mdidik kpd ibu bapa.

    dgn sistem peperiksaan terbuka, anak2 yg dididik lebih sempurna di rumah akn dpt mduduki peperiksaan ini asalkn para ibu bapa ini terutama ibu mdpt tau bagaimana btk soalan peperiksaan ini dan mereka akn mengajar anak2 mereka bagaimana.

    anak2 bila berumur 18 tahun ke atas akn mula matang dan skiranya telah dididik dan dibimbing dgn sempurna dr usia 1 hari hgga 17 tahun ibu bapa tidak terlalu khuatir skiranya melepaskan anak2 mereka ke alam yg lebih luas dan mencabar di luar sana. anak2 ini boleh mdpt pdidikn lanjutan ke universiti2 tanpa perlu bersekolah di sekolah rendah dan menengah.

  • Tempua // July 4, 2008 at 10:23 am

    Salam akaipc,

    Ibubapa sentiasa ada hak untuk mendidik anak mereka. Apa yang mereka tidak ada adalah masa. Sekarang, dengan tekanan ekonomi terhadap keluarga yang semakin runcing, ibubapa mungkin terpaksa menghabiskan lebih banyak masa untuk membayar bil, hutang dan mengisi perut keluarga masing-masing.

    Walaupun begitu cadangan untuk memberi latihan kepada para ibubapa terhadap ilmu mendidik anak adalah satu cadangan yang baik. Ia mungkin boleh difikirkan oleh kementerian berkaitan.

  • akaipc // July 4, 2008 at 11:08 am

    walaikumsalam Tempua…

    pendapat saya begini, sbgai imbuhan krn mdidik anak dgn sempurna dan betul maka kerajaan akn mbyr elaun kpd si ibu misalnyanya dlm RM600-RM700 sbln. sdgkan gaji guru RM2000-RM5000 sbln pun krjaan mampu byr blum lagi tmasuk elaun2 lain. bapa pula mcari nafkah di luar rumah dan bila ada masa terluang mbantu ibu/isteri mdidik anak. jd para ibu2 tak perlu cari kerja diluar sana, mungkin RM700 tak cukup dgn keadaan skrg ni tp kita kena lihat potensi ekonomi yg akn disumbangkan oleh anak2 yg terdidik dgn sempurna ini. dgn akhlak yg baik, pegangn agama yg kukuh, pdidikan yg betul, pergaulan yg teratur dan pengertian thdp khdupn bermasyarakat akn mjdkn anak2 yg telah dewasa ini mjd aset berharga dan modal insan yg berkualiti dlm menyumbang kpd pembangunan masyarakat srta memacu ekonomi negara.

    maaf skiranya pdpt saya ni tlalu idealistik ttpi inilah yg dpt saya nilai dr apa yg saya pelajari tentang bagaimana para nabi2, rasul2, sahabat2 nabi, ilmuan Islam dan ulama2 Islam tersohor terdahulu mdpt didikn mereka yg sempurna tanpa perlu pdidikn formal. sistem pdidikan kita skrg ni adalah sistem sekular yg diterapkan oleh bkas pjajah. yg hanya mjdkan anak2 kita sbgai hamba dan kuli pemerintah dan membentuk pemikiran anak2 ini bila dewasa mesti kenang budi pemerintah yg telah bantu mereka dan bagi mereka kerja.

  • akaipc // July 4, 2008 at 11:22 am

    utk mpraktikkan sesuatu idea memerlukan tempoh berpuluh2 tahun atau mungkin beratus2 thn. Islam berkembang pun mengambil masa shgga beratus2 thn.

    bagaimana anak2 ini akn menyumbang memacu ekonomi negara ialah dgn berdikari dan mempunyai keberanian serta semangat juang yg diterapkan dlm ajaran Islam. mereka tak perlu terlalu bergantung harap pd kerajaan menyediakan peluang kerja pd mereka. dgn harta warisan seperti tanah dan simpanan wang oleh ibu bapa mereka dahulu ia akn dimanfaatkn dgn sebaik-baiknya utk mdirikan perusahaan mereka. dgn didikn sifat setiakawan dlm hidup bermasyarakat mereka boleh bekerjasama membentuk satu kumpulan perusahaan dan jaringan perniagaan. dgn ini kerajaan scara tak langsung akn mdpt manfaat yg cukup byk bkn saja memperoleh cukai atau zakat perniagaan bahkan dgn usaha mereka sdiri membangunkan sesuatu industri dan teknologi kerajaan juga memperoleh nama yg baik dgn memiliki rakyat yg berdikari. para pelabur luar juga tertarik dgn utk mjd pelengkap kpd industri dan perusahaan yg dijlnkan oleh rakyat Malaysia sdiri. kemajuan negara ini perlu dipacu oleh rakyat sdiri tanpa kerajaan perlu mberi subsidi berterusan kpd rakyat.

Leave a Comment