:: T E M P U A ::

Pelajar perempuan menguasai IPT

July 3, 2008 · 2 Comments

Pengurangan jumlah pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan yang mendaftar masuk ke IPT samada awam atau swasta dikatakan semakin ketara saban tahun. Saya tidak mempunyai statistik yang tepat mengenai nisbah sebenar perbezaan itu namun untuk perbincangan di sini cukuplah kita menerima bahawa fenomena itu sememangnya berlaku dan banyak pihak sudah pun bercakap mengenainya.

Ia dianggap satu fenomena yang membimbangkan. Kekurangan pelajar lelaki yang menyertai IPT pada masa ini bermakna sektor intelek, profesional dan pengurusan dalam negara ini akan dikuasai oleh kaum wanita pada masa depan. Dan jika itu berlaku kita tidak pasti apakah kesan terhadap produktiviti dan daya saing negara mahupun struktur sosial dan keluarga di negara kita.

Saya hanya ingin mengemukakan pandangan saya mengapa pelajar lelaki nampak seperti kurang berminat dengan pelajaran/persekolahan mereka berbanding pelajar perempuan. Saya berpendapat corak atau sifat pembelajaran di sekolah-sekolah malahan di IPTA sebenarnya terlalu keperempuanan, girlish. Itulah yang menyebabkan pelajar-pelajar lelaki biasanya ‘lemas’.

Lelaki lebih suka mencuba sesuatu, berdikari dan tidak terkongkong. Perempuan pula lebih senang dengan yang rutin, berstandard dan menurut.

Sebagaimana yang kita semua tahu sistem pembelajaran di sekolah kita banyak mengamalkan budaya menghafal, mengikut skema dan kurang menggalakkan aliran pemikiran secara bebas. Ia sesuai dengan sifat pelajar-pelajar perempuan tetapi tidak untuk lelaki. Sistem pembelajaran yang terlalu bersifat keperempuanan inilah yang menyebabkan pelajar-pelajar lelaki mudah bosan dan geli untuk belajar.

Hasilnya IPTA dikuasai oleh para pelajar perempuan.

Categories: Sosial

2 responses so far ↓

  • x umno_jr // July 8, 2008 at 2:28 pm

    adakah maksud saudara lelaki ‘kurang’ berminat dengan sesuatu yang melibatkan undang undang dan disiplin?

  • Tempua // July 9, 2008 at 3:37 am

    Salam x umno_junior,

    Tidak. Ia tidak ada kaitan dengan undang-undang atau disiplin. Ia adalah berkaitan corak pembelajaran yang terlampau statik dan tidak mengembangkan minda atau kreativiti.

Leave a Comment