:: T E M P U A ::

Apabila gelembong intelek telah dipecahkan…

July 3, 2008 · 3 Comments

Saya amat yakin selepas 10 tahun akan datang ijazah universiti sudah tidak lagi akan memberi apa-apa signifikan dalam menentukan hala tuju atau karier peribadi seseorang. Jika sekarang mempunyai sijil SPM sudah tidak memberi apa-apa makna, 10 tahun lagi itulah yang bakal terjadi kepada para pemegang ijazah.

Anak-anak dan remaja sekarang perlu dipupuk untuk membangunkan kemampuan, bakat dan kebijaksanaan peribadi. Mereka semua akan terpaksa bergantung kepada kelebihan sebenar diri masing-masing untuk menonjol di dalam masyarakat mahupun kerjaya. Sijil dan ijazah tidak lagi menjadi faktor penentu. Tidak ada siapa peduli siapa keluar dari universiti mana.

Internet bakal menjadi medan baru perjuangan mereka dalam merebut kejayaan dan kekayaan. Jika dulu siapa yang paling awal dan paling banyak menebang hutan akan menjadi pemilik tanah paling makmur dan kaya, sekarang internet sedang mengambilalih peranan hutan itu. Siapa yang paling awal dan agresif menawan kawasan dalam hutan internet bakal menjadi makmur sama sepertimana moyang mereka dengan hutan mereka dulu.

Apa yang diperlukan hanyalah kreativiti, konektiviti dan interaksi…

Categories: Sosial

3 responses so far ↓

  • attan // July 3, 2008 at 7:53 pm

    eehm!!!

  • akaipc // July 4, 2008 at 6:16 am

    assalamualaikum…

    ijazah ni tujuannya hanyalah sbgai perakuan bhwa seseorg itu telah mdpt ilmu dr institiusi yg diiktiraf dan bila seseorg pemegang ijazah hdk mdptkn kerja maka majikan lebih percaya akn kebolehannya utk belajar dan menimba pengalaman.

    tp skiranya seseorg itu hdk berdikari tak mau kerja dgn org lain maka itu tak perlukn ijazah dan bg mdptkn sbrg ilmu pengetahuan yg boleh mengasah bakat dan mempertingkatkan kemahirn, internet mjd sumber rujukan terutama yg pakai domain .ORG yg sememangnya diperakui menyampaikn maklumat yg betul.

    universiti sebenar adalah dunia ini atau alam = univers. manusia belajar dr alam realiti, alam yg sebenar. di universiti malayisa ni kadang2 dipengaruhi oleh org2 politik, tiada kebebasan dan tiada ketelusan.

    diluar sana jika seseorg itu mempunyai jaringan sosial atau rakan2 yg boleh membantu dan saling bekerjasama, insyaallah boleh berjaya. internet sbgai sumber tutorial dan salah satu medan penyampai maklumat.

  • Tempua // July 5, 2008 at 12:33 pm

    Salam akaipc,

    Internet sebenarnya akan menjadi medan kerjaya dan perniagaan dalam tempoh terdekat. Itu yang saya maksudkan dengan kita harus cepat merebut tempat dalam hutan internet…

Leave a Comment