Pada 15 Mei lepas saya menulis di blog ini berkenaan perlunya Paklah menyelesaikan ketidakpuashatian sebilangan pemimpin BN dari Sabah bagi mengelakkan mereka mengambil tindakan yang negatif seperti melompat ke kem pembangkang. Dalam tulisan itu saya merujuk secara khusus kata dua yang diberikan oleh Presiden SAPP, Datok Yong Teck Lee supaya Kerajaan Persekutuan menyelesaikan beberapa isu sebelum Ogos tahun ini.
Semalam Presiden Datok Yong Teck Lee membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa dua orang wakil mereka akan menyokong Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri di Sidang Dewan Rakyat Isnin ini. Menurut Yong Teck Lee mereka mahu Paklah meletak jawatan kerana gagal menunaikan tanggungjawab khususnya dalam konteks isu-isu Sabah yang telah mereka kemukakan yang antara lain berkaitan masalah pendatang haram dan pemberian kad pengenalan.
Bagaimanapun SAPP tidak mengumumkan keluar dari Barisan Nasional. Saya melihat keadaan ini berlaku kerana Yong telah berjanji untuk memberi tempoh sehingga Ogos. Maknanya Paklah masih mempunyai masa untuk membuat sesuatu yang positif bagi membetulkan dan meredakan keadaan.
Bagaimanapun respond awal Paklah terhadap pengumunan Yong semalam amatlah negatif. Paklah hanya menyebut langkah yang diambil Yong itu adalah disebabkan beliau tidak dapat menunaikan permintaan tamak Presiden SAPP itu. Tanpa membuang masa serangan peribadi terhadap Yong dilancarkan Paklah melaluinya konco-konconya di media-media nasional sedangkan persoalan sebenar yang dikemukakan oleh Yong, iaitu Paklah atau kerajaan langsung tidak melakukan sesuatu terhadap isu-isu yang diminta penyelesaian tidak pula dipastikan status atau kebenarannya.
Jika benar Paklah atau Kerajaan belum melakukan sesuatu, serangan peribadi terhadap Yong ini saya fikir hanya akan mengundang lebih banyak kebencian dari kalangan pemimpin dan rakyat Sabah terhadap Kerajaan Persekutuan. Budaya nak-senang-kerja Paklah yang lebih gemar menyelesaikan isu dengan menutupnya melalui sogokan dalam bentuk peruntukan kerajaan berbanding membuat pembetulan sebenar nampaknya tidak akan laku lagi digunakan di Sabah.
Apapun, kemelut politik terbaru ini telah mencatat sejarah baru dan tentunya menarik untuk diikuti. Namun kepada Paklah dan kerajaannya kemelut ini sebenarnya telah meletakkan mereka dalam kedudukan yang amat genting. Tanpa usaha yang pantas dan bijak atau mungkin juga radikal, kesannya mungkin boleh mengubah keseluruhan arkitektur masa depan politik negara ini dalam tempoh terdekat.
2 responses so far ↓
pelangi // June 20, 2008 at 7:06 am
Salam tempua. Pandangan dan pendapat tempua ada kebenaran tapi Datok YTL ini memang seorang opportunist politician kerana acap kali menyebut “window of Opportunity”,kalau ada orang lain lain yang pada pendapatnya memberi lebih untung maka dia akan “lompat melalui window of opportunityny”. Orang utra kata swadikap,masuk ikut pintu keluar ikut tingkap!Kesimpulannya sehingga perutnya kenyang dia tidak akan setia dengan sesiapa atas dasar prinsip diri mahupun politik!
giinbuagas // July 31, 2008 at 10:02 am
pelangi, you are talking about virtue, not politics.
tell me a single politician - especially UMNO’s who aren’t opportunist? It is true YTL is an opportunist, but issues that he carried along is real and valid, IF you are a Sabahan. If not then fine, we kinda have to look into other windows of opinion …
Leave a Comment