:: T E M P U A ::

Tongong yang tiada sempadan

May 28, 2008 · 7 Comments

TV3 seronok betul dengan kemasukan Ezam Mohamed Noor ke dalam UMNO. Selain diberi liputan utama dalam Buletinnya bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu juga diberi slot temubual khas.

Namun Paklah juga nampak tak kurang girangnya semasa menerima permohonan Ezam untuk menyertai UMNO di pejabat Parlimen beliau. Riak muka Paklah dalam sidang media yang berkenaan menunjukkan beliau seperti amat bangga. Seolah-olah baru dapat tropi.

Saya tak faham apa signifikannya kemasukan Ezam ke dalam UMNO sehingga ia diangkat begitu sekali. Maksud saya bukan Ezam tak boleh masuk UMNO, tapi perlukah diberi liputan yang begitu besar? Bekas orang kanan Anwar Ibrahim ini langsung tidak pernah menyumbang apa-apa kepada UMNO atau kepada rakyat negara ini. Beliau hanya terkenal sebagai seorang tong kosong. Pemikirannya dangkal dan penampilannya pula terlalu palsu.

Tapi mungkin kerana ciri-ciri Ezam itulah Paklah begitu terpesona. Perdana Menteri terbodoh yang pernah kita miliki ini memang gemar dikelilingi orang-orang seumpama Ezam. Dari menantu sampai kepada menteri-menteri yang dipilihnya, semuanya mempunyai kualiti yang serupa. Dengan kemasukan Ezam maka Nazri Aziz, Mahadzir Khalid, Mat Taib, Zaid Ibrahim, Sharir Samad, Ahmad Shabery Cheek dan rakan-rakan mendapat rakan salak baru.

Hanya Tuhan saja yang tahu di mana batasnya kebodohan, pengkhianatan dan kedayusan UMNO di bawah pimpinan Paklah kepada bangsa dan negaranya.

Komen di sini

Categories: Politik

7 responses so far ↓

  • jiwa saya // May 30, 2008 at 7:31 am

    ezam kembali ke pangkal jalan…………………………….PORAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHH

  • yiemega // May 30, 2008 at 3:16 pm

    Fasal 20:

    20.10

    Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

    mengikut rekod Ezam sudah bertanding pada pilihan raya umum 1999 atas tiket parti lawan

  • Zainal Mokhtar // May 31, 2008 at 10:49 am

    Begitulah nilai hatibudi Dollah Badawi dan sekutunya.
    Bekas Presiden yang telah berkhidmat lama menabur jasa yang bergunug dianggap sebagai musuh yang paling hina.
    Bekas musuh yang pernah meludah UMNO dan belum memberi khidmat sebesar kuman disambut sebagai kawan yang paling mulia.
    Betullah ini resam dunia.
    Tapi adakah kita membisu seribu bahasa ?

  • DangHanum // June 1, 2008 at 2:38 pm

    Salam

    Kemasukkan Ezam Mohd Noor adalah bercanggah dengan Perlembagaan UMNO, di mana mengikut Fasal 20:

    20.10
    Seseorang ahli yang bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam pilihan raya akan dipecat daripada parti dan tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya.

    Mengikut rekod bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu telah bertanding pada pilihan raya umum 1999 dan sekaligus membuktikan beliau tidak layak untuk menyertai UMNO kerana ianya telah melanggar perlembagaan UMNO yang dibuat pada tahun 2002 itu. Khas untuk ahli UMNO baru sahaja.

    Kenapa ya ahli UMNO yang mengkritik Presiden UMNO nak di kenakan tindakan disiplin dan di halang dari menyuarakan pendapat untuk menyelamatkan UMNO dan rakyat Melayu di Malaysia…KENAPA?

    Kenapa pulak orang yang pernah memaki hamun ahli UMNO dalam karier politik semasa bersama PKR hendak di bawa masuk ke dalam UMNO. Mana logik nya..KENAPA?..Orang yang banyak menyusahkan orang melayu dengan perhimpunan haram dll hendak di terima..KENAPA?..Orang yang hendak menghapuskan DEB hendak di terima..KENAPA?…Sebenarnya banyak persoalan yang perlu di jawab oleh kepimpinan UMNO yang semakin pincang dan tak tentu arah matlamat perjuangan untuk AGAMA, BANGSA DAN NEGARA..

    Kepada Dato Mukhriz teruskan perjuangan Dato untuk menyelamatkan orang Melayu di Tanah Melayu yang tercinta ini. KEPADA SELURUH AHLI UMNO AKAR UMBI FIKIR-FIKIRKAN JASA ANDA KEPADA ANAK CUCU KITA SEBELUM TERLAMBAT.. JANGAN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.

    Wasallam

  • mansaari // June 3, 2008 at 11:10 am

    Umat Melayu yang memperjuangkan untung nasib bangsanya pasti tidak akan memaafkan PakLah, pengkhianat yang menyerahkan hak-hak melayu atas sifat bodoh dengu. Pak Lah adalah Pak Kadok moden, Menang sorak bangsa dan negara tergadai. Saya amat marah apabila peruntukan biasiswa untuk bukan melayu dinaikkan dari 10% kepada 45%. Pernahkah ada PM M’sia yang sebodoh itu mengambil tindakan yang merugikan bangsanya?.

  • goby // June 4, 2008 at 1:56 am

    org PKR pun dah tak nak terima Ezam ni….Ezam dlm PKR pun tak boleh pakai jugak……bnyk gossip yg xsedap didengar berkumandang dr org2 kuat PKR….konon mengetuai GERAK sedangkan diri sendiri tak sebersih mana……..saya tunggu juga kotak2 yg dilaung2kan selama ini..mana kotak2 tu semua ezam?? dah hanyut dlm sungai ker?
    dengar cerita rumah tgh renovate sekarang???? hmmmm sapalah agaknya yg. sponsor ya…?? takkan secara kebetulan pulak……..hai manusia..tak usahlah bertopeng….akhirnya topeng tu akan terbukak jugak 1 hari nanti..kita sama2 tunggulah

  • Conspiracy Theorist // June 14, 2008 at 8:44 pm

    Bro Tempua..whr r u..y d silence..r u okie bro..neway all d best to you..jst a concerned fellow blogger, heheh..wat can I say..(”,)

Leave a Comment