Paklah merupakan Perdana Menteri yang paling banyak buat tahi dalam sejarah kita. Dia buat tahi tanpa mengira tempat, masa mahupun akibatnya. Seluruh sistem yang wujud dan mendokong negara kita telah terpalit tahi Paklah. Sukar untuk saya percaya Paklah tak sedar tahi-tahinya itu telah membawa banyak masalah serta kegelisahan di kalangan rakyat. Atau mungkin Paklah memang jenis tak peduli. Yang penting dia dapat lepaskan niat perutnya. Lagipun dia kan Perdana Menteri.
Bila tak dapat elak dari terpijak tahi sendiri, Paklah akan memanggil para menteri atau pemimpin partinya supaya meng’cover’ beliau. Apabila mereka bersuara “kami sokong Paklah”, “kami sentiasa setia di belakang Paklah”, “berilah Paklah peluang” dan sebagainya, faham-faham sajalah. Maknanya Paklah baru terpijak tahi hasil pungkoknya sendirilah tu. Meng”cover” dirinya atau mungkin lebih tepat lagi, tahinya, merupakan fungsi utama menteri dan pemimpin parti mengikut kefahaman Paklah.
Dengan begitu banyak tahi Paklah yang melata di bumi Malaysia sekarang, manakan mungkin rakyat tak perasan? Manakan rakyat tak meluat? Manakan rakyat tak geli? Manakan rakyat tak malu? Siapa yang boleh sabar dengan Perdana Menteri pengotor, berak merata-rata dan kemudian asyik terpijak tahi sendiri. Dahlah tu, tak nak mengaku buruk perangai sendiri tapi sibuk menyalahkan orang lain.
“Orang lain berak juga”, katanya.
Tapi Paklah buat-buat lupa, orang lain tak berak merata-rata. Sebab tu orang lain tak terpijak busut dan gunung tahi saban dua hari macam Paklah. Kalau berak, orang lain pergi tandas. Bukan berak dalam parti dan kerajaan macam Paklah buat. Orang lain jadikan parti dan kerajaan sebagai wadah pembangunan dan pengukuhan maruah bangsa. Paklah jadikan parti dan kerajaan macam tandas awam.
Hanya species kumbang tahi saja yang boleh tahan dengan parti dan kerajaan yang diketuai Paklah.
3 responses so far ↓
kingmaker65 // May 23, 2008 at 6:28 am
Salam Tn,sesungguhnya peranagi buruk pak lah ini telah mengundang sepucuk surak dari setan kpd beliau. Makin hari beliau bermain dengan waktu utk bertahan lebih lama. Namun sumpahan Che Det yg pak lah hanya bertahan selama 1 penggal akan menjadi kenyataan…
http://calmechpro.blogspot.com/
visaged // May 29, 2008 at 9:29 am
visaged says : I absolutely agree with this !
alexo // June 18, 2008 at 2:32 pm
Dengan hanya membaca article saudara sahaja saya sudah bau taik Dolah dirumah saya.
Leave a Comment