Pada hari ini 19 Mei 2008, Tun Dr Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO, sebagai protes kepada kepimpinan Paklah yang beliau sifatkan tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa sebagaimana matlamat asal penubuhan parti berkenaan.
Keputusan bekas mantan Perdana Menteri itu saya anggap sebagai satu tindakan paling lantang dalam usaha beliau “membuka mata” ahli-ahli UMNO dan orang Melayu amnya supaya bangkit memaksa Paklah melepaskan jawatannya.
Saya percaya Tun Dr Mahathir sebenarnya amat kecewa dengan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu kerana mereka seperti tidak kisah, tidak berdaya dan tidak berusaha untuk menolak kepimpinan Paklah padahal jelas sekali kepimpinan Perdana Menteri kelima itu begitu lemah dan mengakibatkan hakisan yang jelas kepada kuasa dan kepentingan bangsa Melayu sekarang ini.
Ramai pemimpin UMNO di pelbagai peringkat lain pula lebih suka berperangai seperti anjing peliharaan yang hanya tahu menjaga kepentingan tuan-tuan mereka iaitu Paklah tiga beranak. Kepentingan bangsa, agama dan negara bagaikan tidak wujud dalam kamus diri mereka.
Insaf dengan keadaan itu, Tun Dr Mahathir terpaksa akur bahawa pendekatan perjuangannya menyedarkan Melayu di sepanjang 4 tahun terakhir ini tidaklah begitu berkesan. Jika anda membuat perkara yang sama berulang-ulang dan mendapat hasil yang sama juga berulang-ulang, anda harus tahu bilakah masanya anda perlu berhenti dan mencari jalan lain.
Itulah yang sedang dilakukan Tun. Perletakan jawatan Tun Dr Mahathir tidak sekali-kali boleh dilihat sebagai langkah mengundur dari perjuangan. Ia sebenarnya satu langkah strategik luarbiasa yang memerlukan keyakinan dan keberanian untuk melakukannya.
Selepas keputusan PRU yang lepas, saya sendiri pun pernah mencadangkan supaya ahli-ahli UMNO keluar parti beramai-ramai sebagai protes kepada kepimpinan Paklah yang gagal memahami aspirasi rakyat melalui forum di Mykmu.net.
Sebagaimana saranan Tun hari ini, saya juga menegaskan bahawa cadangan keluar UMNO bukan bermakna kita akan masuk parti lain atau menubuhkan parti baru. Ia sekadar untuk memberi tekanan kepada Paklah dan memaksa beliau melepaskan jawatan. Selepas Paklah berjaya ditumbangkan, masuklah UMNO semula.
Taktik ini mudah serta praktikal dan jika majoriti UMNO boleh bersatu hati, ia pasti boleh mencapai matlamat yang diharapkan. Tidak ada pemimpin tertinggi parti boleh bertahan jika semua ahlinya lari keluar. Cara ini juga tidak menyalahi mana-mana peraturan parti mahupun undang-undang negara.
Sekarang terpulanglah kepada ahli-ahli UMNO untuk mengorak langkah menentukan arah tuju parti dan bangsa mereka di negara bertuah ini. Tun Dr Mahathir sudah pun menunjukkan caranya. Apa yang diperlukan oleh ahli-ahli UMNO hanyalah conscience yang jelas serta kesediaan untuk menyalin keberanian dan keyakinan Tun.
Demi Allah, jika dengan usaha terbaru Tun Dr Mahathir ini pun ahli-ahli UMNO masih teragak-agak, mereka tidak boleh menyalahkan sesiapa lagi jika masa depan anak bangsa mereka menjadi lebih sukar dan berliku.
7 responses so far ↓
Tempua // May 20, 2008 at 1:46 am
Ramai di kalangan ahli UMNO, penyokong UMNO dan orang Melayu secara amnya mahu melihat Tun menekan Paklah supaya Perdana Menteri mertua KJ itu melepaskan jawatannya. Apa yang mereka gagal faham ialah, Tun sebenarnya tidak mampu menjatuhkan Paklah seorang diri kerana beliau hanyalah seorang ahli biasa, sama seperti majoriti ahli-ahli UMNO yang lain.
Selama ini kemampuan Tun terhad kepada memberi sebab serta perangsang kepada ahli UMNO, penyokong UMNO dan orang Melayu supaya bangkit mengatasi Paklah supaya dengan yang demikian dapat ia dapat mengembalikan hak serta maruah mereka yang semakin lenyap saban hari.
Oleh itu, jika orang Melayu benar-benar mahu membetulkan keadaan, merekalah yang harus bersatu dan melangkah ke hadapan bersemuka dengan Paklah - bertegas supaya beliau menyerahkan jawatan serta tanggungjawabnya kepada seseorang yang lebih berkemampuan.
jiwa saya // May 20, 2008 at 4:53 am
inilah jawapan kepada jawapan semua bloggers……………………..tahniah tun
boy // May 20, 2008 at 1:53 pm
Kalau main chess, Tun akan fikir two steps ahead . Saya percaya Tun telah ada perancangan tersendiri. Kita doakan usaha Tun berjaya.
jiwa saya // May 20, 2008 at 10:36 pm
HIDUP TUN……HIDUP TUN…….KAMI BERSAMA TUN DULU KINI DAN SELAMANYA…………………………………..HIDUP TUN MAHATHIR
atom // May 21, 2008 at 4:14 pm
Saya juga berdoa Tun berjaya. InsyaAllah.
killer // May 23, 2008 at 1:31 am
testing
PascaPMbAru // May 24, 2008 at 9:16 pm
Antara menteri2 yg begitu lantang mempertahankan Pak Lah ialah Nazri AZIZ,TAIB MOHAMAD..Nazri nie agaknya ada kepentigan kot..Dalam buletin utama nazri dilihat mempersendakan TUN dr.mAHATHIR..dan menteri penerangan baru shaberi chik..Baru jadi menteri,dah nak lawan otai parti
Leave a Comment