:: T E M P U A ::

Isu Karpal: Kerajaan harus berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang

May 14, 2008 · 8 Comments

Isu Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pertukaran dan perlantikan semula Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) masih lagi hangat. Pengerusi DAP itu, sama ada berniat atau tidak, sememangnya telah mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan.

Di sebalik mengakui keterlanjuran atau memohon maaf, Karpal tetap menegakkan dan mengulang-ulang kenyataan beliau itu malah kini melebarkan pertikaian secara langsungnya dengan pihak istana Selangor pula.

Karpal Singh nampaknya tidak keseorangan dalam mempamerkan kebiadapan terhadap institusi Raja. Sebagai ahli politik veteran yang berpengaruh, Karpal mendapat sokongan terbuka dari banyak pihak khususnya dari kalangan parti pimpinannya sendiri dan Pakatan Rakyat amnya.

Nampaknya orang sudah tidak takut memperdebatkan kuasa atau kedudukan Raja-Raja Melayu. Mungkinkah Akta Hasutan tidak sejelas yang kita sangka selama ini?

Secara peribadi saya melihat kerajaan tidak boleh berlengah dan lembik dalam menangani soal kebiadapan terhadap institusi Raja. Tetapi kerajaan sendiri mungkin berada dalam keadaan tidak selesa, dan sukar untuk menunjukkan ketegasan terhadap Karpal kerana terperangkap dengan kegagalannya berbuat yang sama ketika ‘orang mereka sendiri’ melakukan perbuatan yang serupa.

Kita semua telah menyaksikan kebiadapan beberapa pemimpin UMNO dan penyokong mereka terhadap Sultan Terengganu dalam kemelut perlantikan Menteri Besar negeri itu sebelum ini. Malah Karpal sendiri telah menggunakan episod berkenaan untuk mewajarkan episodnya pula.

Kalau orang UMNO biadap terhadap Sultan lepas dari tindakan, mengapa beliau pula kena? Kenapa ada ‘double standard’? Begitulah hujah Karpal.

Di sini kita melihat peri pentingnya negara mempunyai seorang Perdana Menteri atau secara umumnya, kepimpinan yang tegas dan sentiasa bertindak mengikut lunas undang-undang biar apapun latar sesuatu isu atau peristiwa. Kedaulatan undang-undang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Timbangrasa, jika mahu diberikan, harus berdiri di atas prinsip dan rasional yang jelas dan tidak sesekali boleh membuka peluang kepada mana-mana pihak untuk memanipulasikannya di kemudian hari. Favoritisme atas dasar apa pun tidak sepatutnya berlaku.

Oleh itu, jika kerajaan perlu mendakwa semua pemimpin dan penyokong UMNO yang terlibat di dalam episod menghina dan biadap terhadap Sultan Terengganu sebelum mereka boleh berasa selesa untuk menghentikan kebiadapan Karpal Singh dan mengambil tindakan yang sama terhadap beliau, kerajaan kena lakukan.

Keadilan dalam menegakkan undang-undang harus dilaksanakan secara menyeluruh tanpa teragak-agak. Semua orang sedang melihat dengan teliti bagaimana kerajaan akan menyelesaikan isu Karpal ini. Ia bukanlah isu yang susah untuk diselesaikan. Tetapi di bawah kepimpinan Paklah, nasi yang sudah berada di dalam pinggan pun masih boleh menjadi bubur.

Komen di sini

Categories: Politik

8 responses so far ↓

  • cheguman // May 14, 2008 at 4:39 pm

    Orang Melayu sudah didoktrin dengan:
    1. Sultan adalah golongan feudal yang zalim.
    2. Hang Tuah adalah pembodek, sanggup buat apa sahaja demi raja.
    3. Hang Jebat adalah wira sebenar, berani kerana benar.
    4. Rakyat (datuk nenek kita dulu) adalah bodoh dan dungu, menerima apa sahaja cakap raja.
    5. Institusi raja dan kesultanan Melayu adalah sistem lapuk dan penghalang utama pada kemajuan.

  • Tempua // May 14, 2008 at 5:36 pm

    Salam Cheguman,

    Hari ini kita semua, baik raja mahu pun rakyat dah memiliki tahap intelektual yang baik, masing-masing boleh fikir peranan dan tanggungjawab masing-masing. Perhubungan di antara Raja dan rakyat tidak boleh lagi disifatkan sebagai tuan dengan hamba sebagaimana keadaan di era klasik feudal dulu. Sekarang kita harus melihat kedua-dua pihak sebagai institusi yang sama-sama saling menyokong kewujudan dan kedaulatan negara kita, Malaysia.

  • jiwa saya // May 14, 2008 at 10:53 pm

    SALAM CHEGUMAN
    WALAUAPAPUN DOKTRIN, INSTITUSI KESULTANAN MELAYU DIMALAYSIA ADALAH LAMBANG KEMEGAHAN BANGSA …DAULAT TUANKU.

  • monstermom // May 15, 2008 at 3:47 am

    Sedari dulu saya memang tidak menyokong wang rakyat digunakan untuk memberi nafkah kepada raja n keluarga mereka… Berapa byk wang rakyat perlu dikorbankan unt makanan lazat, kos penyelenggaraan istana, gaji dayang, pak hulubalang, kos pengankutan etc…sedangkan rakyat masih ramai menderita. Sultan tidak boleh lagi diberi kepercayaan menjadi ketua agama kerana mereka secara terang - terangan menogok minuman keras dihadapan rakyat… I know because I was there to witness it all…

  • Tempua // May 15, 2008 at 1:39 pm

    Salam monstermom,

    Bagi saya semua benda dalam dunia ni ada harganya. Asalkan belanja yang dikeluarkan itu berbaloi manfaatnya, maka perbelanjaan itu wajar. Samalah dengan perbelanjaan untuk kita maintain institusi Raja di negara kita. Walaupun peranan Sultan atau Raja tidak berapa jelas namun ia tetap mempunyai signifikannya yang tersendiri. Kita patut menerima dan menghargai institusi Raja kita apatah lagi kalau kita melayu. Tanpa Raja-Raja Melayu, kita akan kehilangan sebuah institusi yang menjadikan kita eksklusif atau unik di negara ini.

    Namun seperti yang saya katakan sebelum ini, dunia sudah pun berubah. Nilai atau sistem feudal totok di mana Raja mempunyai hak mutlak ke atas rakyat dan jajahannya sudah tidak boleh lagi kita terima. Namun kadang kala nafsu mudah melampaui batas apatah lagi bila kuasa ada di tangan. Sebab itulah pada tahun 80-an dulu Dr Mahathir telah menjelaskan semula peranan dan kuasa Raja-Raja supaya ia sesuai dengan peredaran zaman. Kalau dibiarkan pandangan seperti monstermom merebak dan kelakuan Raja-Raja tidak terkawal, akhirnya tentu rakyat tidak boleh tahan. Keseimbangan dan persefahaman di antara rakyat dan raja mestilah wujud.

    Tentang Sultan yang minum minuman keras, saya berpendapat kita harus membezakan antara seorang Sultan sebagai individu dan tahta yang didudukinya pula sebagai sebuah institusi. Institusi mewakili sistem. Kalau kita boleh membezakan kedua-duanya maka kita tidak akan nampak ia sebagai satu masalah. Tetapi kalau boleh Sultan pun janganlah minum arak lagi selepas ini…

  • jiwa saya // May 16, 2008 at 3:22 am

    salam semua,
    kadang-kadang bila kita selesa,senang,tidak terancam,tenang dan sebagainya kita mudah lupa dan rasa bebas utnuk bersuara walaupun terkadang suara itu memberi impak besar pada kita.duduklah di negeri orang baru tuan-tuan tahu bahawa malaysia kita ‘the best’..angin sejuk dari gunung masuk ke jendela saya membuatkan saya teringat ‘bumi bangsaku…MALAYSIA’..

  • Parti Komunis Malaysia // May 16, 2008 at 10:05 am

    Sedar tak sedar.. umno dah nak jadi Komunis ahaha.. sedar la sikit .. umno dah tak releven lagi dah.. bungkus jer.. umno.. nak perjuangkan hak melayu apa kejadahnya.. kalau pemimpin masih lagi mengamalkan sikap pilih kasih.. pemimpin yg bermasalah seperti .. Mamat taib .. tu.. dah la byk masalah.. ada ka patut letak dalam .. kabinet.. apa nii… benda dah busuk dahh.. takyah letak laa.. baik pikir betul.. kemana hala parti ini.. ni.. pasal karpal sing cakap itu ini.. terus nak ngelabah.. trus nak kasi hantam.. pikir laa.. terengganu tu.. sapa yg durhaka? sapa?? kalau tak si DOllah Patrick tu.. haa.. ni dah macam memalit tahi ke muka sendiri nih.. kalau macam ni lah.. umno .. aku rasa 20 or 30 thn akan datang.. Umno dah masok dalam muzium negara dah.. kalau perangai macam budak2.. (khairy) <–budak2 gak.. dalam parlimen macam budak tadika jer.. tau baca teks jer.. ikur hentam dier jer..

  • jiwa saya // May 16, 2008 at 10:50 am

    JASA UMNO TERLALU BESAR………BERSYUKURLAH SAUDARA DENGAN NIKMAT YANG KITA DA PADA WAKTU INI,UMNO MENGALAMI KRISIS KEPIMPINAN PADA KETIKA INI DAN TSUNAMI INI ADA HIKMAHNYA TERSENDIRI..PERCAYALAH KITA ORANG ISLAM DAN MELAYU.TS MAT TAIB, MUNAGKIN PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN NAMUN HIKMAH DARI KESILAPAN ITU ADALAH JAWATAN BELIAU PADA KETIKA INI….*LIHAT BLOG TS MUHAMMAD) ADAKAH BELIAU TDAK BERKERJA.BERILAH PELUANG KEPADA BELIAU INI.KEPADA P.M BELIAU SEHARUSNYA TAHU DAN BIJAK MENANAGANI SEGALANYA….

Leave a Comment