:: T E M P U A ::

Mana Melayu tatkala Paklah menggadai masa depan anak bangsa kita?

May 13, 2008 · 8 Comments

Sudah agak lama juga tidak update blog ini. Kepada Jiwa Saya, terima kasih kerana menjadi pengunjung yang setia.

Saya sebenarnya merasa bosan, kecewa, marah, benci dan apa-apa sajalah dengan perkembangan seharian yang sedang berlaku di negara kita. Tidak ada yang positif. Auranya begitu negatif; tikam menikam, tuduh menuduh, tepis menepis, nafi menafi, ampu mengampu, hasut menghasut, tipu menipu, spin menyepin, buruk memburuk. Tidak ada siapa yang datang menawarkan kelegaan. Semuanya hanya menambahkan garam ke luka saja.

Apa nak jadi dengan negara kita ni? Di tengah-tengah dunia yang sedang menghala ke arah pelbagai krisis akibat kekurangan bahan asas seperti minyak dan makanan, pemimpin negara kita hanya tahu berpolemik dan beretorik. Tidak ada masalah yang selesai di tangan mereka, bahkan masalah semakin bertambah setiap kali mereka mula campurtangan. Bagaimana nanti sekiranya segala krisis dunia ini meledak di luar kawalan, adakah kita semua akan dilelong begitu saja?

Mengapa orang Melayu masih tidak nampak peri pentingnya kita menukar kepimpinan negara, SEKARANG? Dan bukannya menunggu Pemilihan Agung UMNO atau Pilihanraya Umum akan datang. Mengapakah mereka tidak melihat bahawa Paklah bukan lagi masalah parti UMNO, tetapi merupakan ancaman kepada survival bangsa Melayu masa kini dan akan datang, secara keseluruhannya?

Sehingga hari ini berapa kerat saja Melayu yang berani bersuara menentang Paklah secara terbuka, menuntut supaya beliau meletakkan jawatan? Mana Melayu yang lain? Tidak endah? Tidak kisah? Tak pandai berpolitik? Mana Prowaris? Apa dah jadi Melayu semua?

Komen di sini

Categories: Politik

8 responses so far ↓

  • jiwa saya // May 13, 2008 at 11:06 am

    Salam Tempua,
    Terubat kerinduan saya pada pandangan saudara…Pada Allah saya mampu bermohon agar agama,bangsa dan negara kita akan kekal aman dan maju spt dizaman TDM.Saya akan menulis kembali……..

  • mansaari // May 13, 2008 at 2:39 pm

    Kita berterima kasih jika kehilangan PakLah, tapi
    kehilangan maruah, agama, bahasa, budaya, hak, ketuanan dan indentiti negara bangsa siapakah yang berani membela. Semakin lambat PakLah beralah semakin bermasaalah, semakin lelah, semakin padah, semakin gundah dan lukapun semakin parah.

  • jiwa saya // May 13, 2008 at 10:57 pm

    Salam Pada Semua,pada ketika ini saya amat kecut dan getir melihat beberapa siri politik yang berlaku.saya suka melihat satu tindakan yang tepat dan pantas dilakukan oleh akar umbi iaitu ‘peralihan kuasa’.Kita mahu melihat UMNO dengan wajah baru,semangat baru,pemikiran baru,warga kerja baru,idea yang baru dfan segalanya baru.’baru’ di sini bermaksud bukanlah segala-galanya harus baru sehinggakan ‘yang baru’itu terlupa perjuangan pada anak bangsa.Baru disini ialah satu ‘revolusi’ dilakukan oleh ahli-ahli dan pemimpin UMNO.Kita mengharapkan remai pendekar-pendekar,laksamana-laksamana,pejuang-pejuang dan pembela-pembela akan hadir didalam UMNO dan berjuang untuk membela rakyat Malaysia dengan tulus dan ikhlas InsyaAllah.Apa sekalipun pada Allah kita bermohon kerana perjalanan anak bangsa kita masih jauh………….PERJUANGAN BELUM SELESAI.

  • jiwa saya // May 13, 2008 at 10:59 pm

    PEMBETULAN”SAYA SUKA MELIHAT KEPIMPINAN MELAKUKAN PERALIHAN KUASA’

  • Tempua // May 13, 2008 at 11:25 pm

    Salam Jiwa Saya,

    Melihat kepada para pemimpin UMNO hari ini, susah kita nak percaya bahawa mereka akan melakukan perubahan. Mereka mungkin merasa kelompok mereka sebagai satu kelompok eksklusif di mana di sebalik berperanan sebagai individu yang mewakili rakyat, mereka bersatu sesama mereka untuk ‘memaksa’ kita menerima apa saja agenda walaupun hakikatnya agenda mereka itu langsung tidak menguntungkan kita. Itulah sebabnya ramai yang menganggap UMNO sekarang sebagai parti yang bongkak. Konsep yang mereka pegang adalah pemimpin adalah betul dan rakyat tidak harus komplen pemimpin.

    Atas sebab itulah saya percaya kita tidak boleh menyerahkan bola bulat-bulat kepada mereka kerana mereka tidak akan buat apa-apa untuk menjaringkan gol. Orang Melayu harus bangkit memaksa mereka melakukannya. Kita mesti memainkan peranan sebagai pengurus, jurulatih, penyokong dan pengkritik. Sebuah pasukan yang dibiarkan tanpa sebarang elemen berkenaan tidak akan memenangi apa-apa piala. Apatah lagi ketua pasukannya pula kaki bangku, berkomplot dengan pasukan lawan, seringkali tertidur dan cenderung menyumbat ke dalam gol sendiri…

  • jiwa saya // May 14, 2008 at 5:24 am

    salam tempua,
    Memang itulah maksud saya, Saya orang melayu suka berlapik………….KITA HARUS MULAKAN DENGAN SEMUANYA BARU TERUTAMA ‘AHLI MAJLIS TERTINGGI’.

  • jiwa saya // May 14, 2008 at 11:15 am

    lawa.

  • jiwa saya // May 14, 2008 at 11:31 pm

    ‘LAKUKAN REVOLUSI DIDALAM UMNO’……..

Leave a Comment