:: T E M P U A ::

Kerana ada monyet dan bigfoot di Parlimen, kerajaan batalkan siaran langsung

May 2, 2008 · 7 Comments

Update:-

Sekejab batal sekejab tak. Jadi, menurut laporan terakhir kabinet telah membuat keputusan untuk meneruskan siaran langsung sidang Dewan Rakyat sebagaimana yang dirancang atas dasar percubaan. Menurut kabinet adalah terlalu awal untuk menamatkan siaran langsung itu hanya berdasarkan satu insiden saja. Oleh itu mereka beri peluang untuk keadaan berubah.

Saya menulis posting asal ini semalam selepas mendengar berita mengenainya dari stesen Radio24 pada sebelah pagi.

Posting Asal:-

Pada peringkat awal, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagaikan mahu dirinya tercatat dalam sejarah sebagai Menteri Penerangan pertama yang bersikap terbuka dan telus melalui usaha menyiarkan sidang Dewan Rakyat secara langsung di TV1.

Bagaimanapun selepas siaran langsung pertamanya tidak berjalan seperti yang diharapkan, beliau terus mengumumkan untuk menilai semula rancangan siaran langsung berkenaan. Hari ini, kita semua tahu keputusannya, ia telah dibatalkan. Rakyat boleh melupakan impian untuk melihat prestasi ahli-ahli parlimen mereka beraksi di Parlimen.

Saya tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung sidang Dewan Rakyat yang bersejarah itu. Tetapi dari laporan-laporan berita ia dikatakan sangat memalukan kerana gelagat beberapa ahli Parlimen yang tidak beradab dan kebudakan-budakan. Kata orang, macam sarkas.

Saya tidak tahu orang lain, tapi bagi saya, saya memang tak pernah mengharap ahli-ahli parlimen akan bersidang dengan penuh tertib dan bertutur dengan kata-kata yang manis-manis serta berbunga-bunga. Satu dunia tahu bahawa sidang parlimen dalam mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi boleh menjadi sangat hangat sehingga kadangkala menjadi medan pertelingkahan fizikal di antara ahli-ahlinya.

Bagi saya yang lebih penting adalah samada ahli-ahli parlimen ini mampu merealisasikan aspirasi rakyat yang memberi amanah kepada mereka. Jika dalam menunaikan amanah berkenaan mereka terpaksa menggigit kerusi atau lengan Yang Dipertua sekali pun, biarlah mereka melakukannya. Tetapi jika benar mereka tidak produktif, mengarut atau membuang masa, maka dalam Pilihanraya akan datang tahulah kita mengajar mereka.

Atas sebab itu saya fikir keputusan Ahmad Shabery Cheek atau kerajaan membatalkan siaran langsung sidang Dewan Rakyat adalah satu langkah yang amat mengecewakan. Adakah ahli-ahli Parlimen akan bersidang dengan lebih baik jika tidak ada siaran langsung? Adakah ahli parlimen “monyet besar” dan “bigfoot” akan menjadi lebih sopan tanpa krew televisyen?

Bagaimana pula pendapat anda?

Ahmad Shabery Cheek minta maaf di sini.

Komen di sini

Categories: Politik

7 responses so far ↓

  • sesondol // May 3, 2008 at 2:25 am

    Tempua,

    Kau tak payahlah percaya dgn pimpinan hot2 chicken shit ni. Semua sudah maklum, setiap ayat @ perkataan yang keluar dari mulut bedula tiada apa yang dapat dipercayai. Lambat laun hang kena klentongja.Semalam kata lain,hari ni buat lain.Kalau nak dikumpulkan dah lebih sepuluh keputusan yang dibuat semalam lain harini lain.Itu sebab pengundi Cina dah tak percaya dgn apa yang diputuskan oleh bedula.Tiada kredibiliti.Hanya orang AMENO yg short circuit akan nyatakan kalimah “Saya Sokong’”Cuba hang listkan keputusannya. Aku rasa keputusan pertama datang dari kepalanya, tetapi U-turnnya datang dari adviser dan penyebuknya yang kebanyakkan macam telur separuh masak.
    Kalu macam nilah gamaknya. Hang boleh nyanyikan lagu “Selamat Jalanlah Romeo wal AMNO” utk PRU13.

  • jiwa saya // May 4, 2008 at 5:07 am

    salam sesondol..
    secara tidak langsung live parlimen ini dapat juga membuktikan yang ahli parlimen BN berkerja dan bercakap dan mungkin dapat melihat keletah pembangkang, Lebih baik mendengar secara sahih berbanding mendengar membuta tuli(pada hemat saya),mendoakan kemunduran seseorang bukan amalan islam(amalan islam ialah mendoakan kejayaan sesama muslim),Membuka aib orang akan dibalas dihari ‘pembalasan’.TANPA UMNO MUNGKIN UNTUK berBLOG juga kita masih terkiaL2.(HEMAT SAYA).Saudara tempua ni mana peginya lama tak dengar kabar?

  • jiwa saya // May 4, 2008 at 5:23 am

    harap saudara sesondol kerap memasuki blog ini,walaupun cuaca disini sejuk(16 celicius) tapi bila membaca tulisan saudara sesondol boleh juga memanas badan ini..(saya bukan bukan pro pm)..tapi tak mampu melihat parti berjasa(UMNO) ini dihina(JUGA BUKAN AHLI UMNO).

  • Tempua // May 4, 2008 at 12:54 pm

    Salam Sesondol dan Jiwa Saya,

    Paklah ni adalah masalah seluruh rakyat Malaysia. Hanya mereka yang mahu mengambil kesempatan dari PM tak cerdik macam Paklah saja yang akan mempertahankan dia. Mungkin ada parti politik atau pemimpin berperangai dubuk untung dari kedudukan Paklah. Tetapi secara umumnya rakyat dan negara ini tidak untung apa-apa. Malah generasi akan datang akan menerima kesan yang lebih teruk..

  • jiwa saya // May 4, 2008 at 10:37 pm

    SETUJU

  • jiwa saya // May 6, 2008 at 11:04 am

    saudara tempua cuba ulaskan pada saya isu karpal dan sultan perak….lama tak dengar idea idea saudara.

  • mansaari // June 1, 2008 at 8:51 am

    Saya terpaksa senyum mengenang strategi kerajaan “untuk melahirkan modal insan kelas pertama”. Kalau ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang melontarkan kata-kata berbudaya rendah maka apahal pula bagi sahutan di pihak kerajaan yang meluahkan kata-kata yang biasanya diucapkan oleh insan kelas bawahan. Pun begitu, insan kelas bawahan itu lebih berbahasa, berbudi dan santun. Ke mana hilangnya ” kesopanan dan kesussilaan”. Rukun negara telah berkubur di Malaysia.

Leave a Comment