Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa hakim-hakim akan dipilih oleh sebuah Suruhanjaya yang ditubuhkan khas bagi tujuan berkenaan.
2. Tidak ada perincian yang telah dikemukakan tentang bagaimana caranya Suruhanjaya itu akan berfungsi.
3. Adakah Suruhanjaya itu yang sebenarnya melantik hakim-hakim atau adakah ia hanya mencadangkan nama-nama untuk dipersetujui oleh Perdana Menteri atau adakah Suruhanjaya itu akan membuat cadangan terus kepada Agong di mana DYMM akan melaksanakan hak (melantik) yang ada pada baginda? Atau adakah Agong perlu mendapat persetujuan dari Persidangan Raja-Raja? Atau adakah Persidangan Raja-Raja hanya akan diberitahu bahawa urusan itu sudah diselesaikan? Atau adakah mereka boleh menolak seseorang calon, dan meminta calon-calon baru atau menamakan calon-calon baru yang menjadi pilihan mereka?
4. Tentulah amat menarik untuk mengetahui prosidur-prosidur berkenaan secara terperinci, terutama sekali peranan Perdana Menteri.
5. Perlantikan hakim-hakim diperuntukan di dalam Perlembagaan. Jika perubahan dilakukan dengan cara mana pun, ia akan dianggap melanggar Perlembagaan.
6. Untuk menjadikan sebarang perubahan sah di sisi undang-undang, Perlembagaan perlu digubal.
7. Sepertimana yang semua orang tahu penggubalan Perlembagaan hanya boleh dilakukan jika dua pertiga dari ahli Parlimen yang bersidang setuju dengan penggubalan yang dicadangkan.
8. Kerajaan (sekarang) tidak memiliki majoriti dua pertiga yang diperlukan. Secara sendirian ia tidak boleh mengubah cara bagaimana hakim-hakim dipilih. Ia hanya boleh melakukannya jika mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan undi dari pihak pembangkang.
9. Adakah Kerajaan bercadang untuk bekerjasama dengan pembangkang dalam isu ini, dan dengan itu menunjukkan kelemahannya? Mungkinkah akan wujud quid pro quo, tawar-menawar dengan pihak pembangkang? Menarik sekali untuk melihat bagaimana Perdana Menteri bercadang untuk menyelesaikan semua ini.
Sumber asal: Blog Tun Dr Mahathir | Terjemahan: Tempua
3 responses so far ↓
Tempua // May 1, 2008 at 10:07 am
Saya secara peribadi melihat Paklah punya cara bekerja adalah mengumumkan sesuatu yang dia sendiri pun belum faham apa benda yang dia umumkan tu. Dia umum sebab mungkin ada orang lain yang suruh dia umum. Lepas dia umum baru terkial-kial nak buat kertas kerja. Kemudian tukar nama projek 4 - 5 kali, tapi sampai ke sudah apa pun tak jalan…
Tempua // May 1, 2008 at 10:26 am
Dalam pembentukan Suruhanjaya Kehakiman ini, memang banyak isu dan faktor yang perlu diambilkira dengan teliti. Saya berpendapat, apa yang sedia ada sudah cukup baik. Tidak ada sistem yang sempurna apatah lagi kalau manusia yang menjalankannya tidak cukup kemampuan. Sebagai pemimpin Paklah harus memiliki keupayaan untuk membuat penilaian berdasarkan kepercayaan dan keyakinannya sendiri kerana dialah yang akan mengepalai sesuatu sistem itu dan bukan orang lain. Dia tak boleh mengubah sesuatu yang sebesar dan sesensitif sistem perlantikan hakim kanan hanya kerana orang kata dia perlu mengubahnya. Dia kena ingat bahawa menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman itu bukan saja boleh melepaskan dirinya dari tanggungjawab, atau boleh kerja senang sikit tetapi juga boleh melepaskan salah sebuah institusi yang menjadi tunggak negara kepada orang lain. Tak cerdik tu satu perkara, tapi janganlah jadi tunggangan pihak yang mungkin mahu mengambil kesempatan.
globalmalau // May 5, 2008 at 5:25 am
Bila sudah digelar PM…sudah pasti mempunyai satu caranya sendiri memerentah negara…Tapi rasanya sampai sekarang PM tak tau buat apa yang boleh mencerminkan intektualnya…perkara ini saya dok tengok dari dulu lagi…mana mana PM dulu buat tak ada langsung untuk menyambung tugas tersebut…negara nak maju targetnya 2020 …tapi apa dah jadi…pm sekarang langsung tidak menumpukan kepada 2020…pelek tapi benar…elok jadi penghulu kat kg…
Leave a Comment