:: T E M P U A ::

Trend tidak sihat sedang berkembang

April 30, 2008 · 7 Comments

Keputusan seorang pemimpin kanan Gerakan menerima jawatan di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini tidak seharusnya diambil ringan oleh BN jika ia mahu terus kekal dan mengembalikan sokongan ahli serta penyokongnya.

1. Pemimpin Gerakan berkenaan mungkin mempunyai keinginan tulen untuk bekerja demi kebaikan Pulau Pinang dan Malaysia. Tetapi ia mungkin juga disebabkan kesetiaan yang wujud di dalam BN sekarang disandarkan kepada keuntungan peribadi atau akibat takut kepada sesuatu.

2. Di kalangan pemimpin, inilah yang berlaku. Mereka tidak memiliki perasaan cinta yang tulen kepada matlamat-matlamat yang menjadi asas kewujudan parti. Mereka hanya bersaing untuk mendapat laba yang boleh diagihkan oleh parti apabila mereka menang pilihanraya. Mereka mungkin akan dilantik menjadi Menteri, Timbalan Menteri atau Speaker. Mereka mungkin boleh mendapat kontrak-kontrak, lesen-lesen, AP dan sebagainya.

3. Apabila parti kalah, semua itu tidak dapat diperolehi. Maka sebab menyokong parti pun lenyap.

4. Di sebaliknya pula, akar umbi tidak mendapat sebarang keuntungan samada parti menang atau kalah. Pada umumnya parti sudah tidak lagi berguna bagi kebaikan negara tetapi hanya untuk menebalkan poket para pemimpin semata-mata. Jadi, kepada akar umbi, mengapa mereka perlu membantu para pemimpin mengisi poket masing-masing?

5. Parti boleh terus menabur janji tetapi ahli-ahli tahu bahawa ia hanyalah janji-janji kosong.

6. Kalaulah pembangkang cukup bijak untuk menampilkan kerajaan yang baik, mengambil berat kepentingan rakyat, menonjolkan cara hidup sederhana seperti tidak terbang menggunakan jet sewa khas untuk ke Kuala Lumpur atau membawa Exco atau Ketua Bahagian makan angin keluar negara, maka mereka yang mengundi pembangkang kerana marahkan BN pada 2008 akan terus mengekalkan kesetiaan mereka kepada Pembangkang.

8. Jika itu berlaku, BN, UMNO dan parti-parti komponen lain bolehlah melupakan cita-cita untuk menawan semula negeri-negeri yang telah terlepas kepada pembangkang. Ahli-ahli mereka yang berpaling tadah akan terus berpaling tadah dan bekerja secara aktif menentang BN dalam pilihanraya akan datang. Kalah sekali adalah teruk tetapi kalah buat kali kedua dalam pilihanraya Malaysia bermakna kehancuran mutlak.

9. Tidak lama lagi peluang akan tertutup. Kecuali tindakan-tindakan drastik diambil sekarang, BN dan UMNO dan sudah tentu juga semua parti komponen tidak akan ada masa yang cukup untuk membuat pembetulan atau penyembuhan menjelang pilihanraya akan datang. Jika ini berlaku dan BN kalah keseluruhannya, para pemimpin yang gagal mengurus BN akan diingati dalam sejarah sebagai pengkhianat parti yang telah berjaya menewaskan Malayan Union, mendapatkan kemerdekaan negara dan membangunkannya seperti yang dapat kita lihat hari ini.

10. Para pemimpin (UMNO dan BN) masih ada pilihan. Teruskan menyokong orang yang telah menyebabkan BN dan parti-parti komponennya kecundang atau berhenti mementingkan diri sendiri dan kembali kepada perjuangan untuk negara yang sebenarnya. Hari ini anda mungkin memperoleh sesuatu untuk diri sendiri tetapi anak cucu anda akan membayar harga yang dahsyat.

11. Pilihan di tangan anda.

Dr Mahathir bin Mohamad

Sumber asal: http://bigdogdotcom.wordpress.com | Terjemahan: Tempua

Komen di sini

Categories: Politik

7 responses so far ↓

  • marina // April 30, 2008 at 10:45 am

    gerakan ini buat semua ni konon bermaruah, padahal duit memanggil. tamak. itulah sebabnya. tiada kesetiaan langsung.

  • Tempua // May 1, 2008 at 4:07 am

    Tun Dr Mahathir menulis artikel di atas untuk renungan semua pemimpin BN dan parti komponen yang ada di dalamnya. Pesanan beliau adalah, janganlah pentingkan diri sendiri, tendang Paklah keluar kerana kalau tidak, anak cucu kita nanti akan menanggung akibatnya. Kesimpulan Tun ini ada di dalam perenggan ke 10.

  • jiwa saya // May 1, 2008 at 8:13 am

    minta semua dengar kata tun….22 tahun beb..

  • jiwa saya // May 1, 2008 at 9:21 am

    TUN PUNYA BLOG TELAH TIBA………..BLOG WIRA RAKYAT TELAH MUNCUL.ALHAMDULILAH

  • Tempua // May 1, 2008 at 9:59 am

    Selepas berblog sendiri barulah tahu bahawa platform ni boleh menjadi wadah yang berguna untuk kita menyampaikan atau berkongsi pendapat. Berapa ramai yang mengunjungi blog kita tak penting, yang penting kita mendapat peluang untuk kita meluahkan apa yang kita fikirkan. Ia lebih baik dari Speakers Corner yang diwujudkan di sebuah taman di Singapura.

    Bila Tun berblog, ia akan menambahnilai kepada dunia bloggers. Selepas ini saya pasti lebih ramai orang akan teruja untuk membina blog masing-masing. Jiwa Saya bila nak mula?

  • jiwa saya // May 1, 2008 at 11:11 pm

    SALAM TEMPUA,
    Mengenai Blog,
    Dalam perancangan tetapi insyaAllah lebih menjurus kepada peningkatan syiar islam dan memartabatkan melayu.Banyak perkara pada ketika ini yang meruncingkan minda saya berkaitan akidah umat islam.Isu seperti murtad,seks bebas dan sebagainya membuatkan saya amat2 risau.Sepekara lagi, Kepimpinan MASJID dia tempat-tempat kita tidak boleh dikritik walaupun kritikan itu baik dan berfaedah.Saya berpendapat masjid adalah tempat segala-segalanya bermula(hanya pandangan saya).mugkin didalam blog yang akan saya bina nanti perkara-perkara seperti ini akan saya beri penekanan, InsyaAllah.Oh ya, semalam saya berpeluang mendengar forum yang diaadakan di wisma sejarah Kuala Lumpur dimana telah dihadiri oleh Dato Mukhriz TDM.Inilah pertama kali saya mendengar ucapan dan pandangan beliau secara ‘live’.Rumusan yang boleh saya katakan ialah ‘Mukhriz adalah individu yang amat-amat diperlukan oleh Pemuda Umno sebagai Peneraju Pemuda Umno’.Saya banyak bergaul dengan ‘politican’dan berkawan dengan mereka, saya melihat Dato Mukhriz ‘capabale politican’ kerana ‘he is not a politican’(SAYA AKAN BERPOLITIK MENGIKUT PERSPEKTIF SAYA)..secebis kata-kata dato mukhriz yang menaikan imej beliau dimata saya.Apa-apa pun, insyaAllah segala yang baik datang dari Allah yang buruk juga dari kita.

  • Tempua // May 2, 2008 at 4:30 am

    Salam Jiwa Saya,

    Harap kita semua akan dapat menikmati blog sdr dalam masa terdekat. Tentang hal agama ni, orang kita memang sensitif dan tertutup sikit. Saya pun sering berpendapat, banyak persoalan bangsa yang tak dapat dileraikan sehingga kini banyak berkaitan dengan bentuk atau corak nilai-nilai yang kita pegang dalam beragama. Jadi kalau sdr ingin merungkaikan isu-isu yang berkaitan ini, saya fikir ia sangat menarik.

    Tentang Mukhriz, saya juga percaya beliau boleh menjadi pemimpin yang baik. Sebenarnya sesiapa saja boleh jadi pemimpin yang baik asalkan ada kebijaksanaan, keikhlasan dan memegang prinsip atau conscience yang jelas tentang apa yang baik dan apa yang buruk.

Leave a Comment