
Sewaktu Putrajaya dibuka beberapa tahun yang lepas, saya adalah antara mereka yang pertama berpeluang melihat tempat ini. Ketika itu, Putrajaya masih lagi dalam fasa pertama pembinaannya. Sukar untuk membayangkan yang ia akan kelihatan indah dan menarik seperti apa yang ada hari ini.
Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya rasa cukup bertuah sekali kerana ketika melawat ke Komplek Sri Perdana, rumah Perdana Menteri Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat, saya berpeluang melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah berada di sana. Walaupun tidak berpeluang berbual dengan mereka ketika itu, senyuman dan lambaian mereka cukup untuk menjadi ingatan saya yang sememangnya amat meminati mereka.
Saya berpeluang untuk melihat ruang utama yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menerima tetamu kehormat dari seluruh dunia. Dari ruang mesyuarat, ruang jamuan, ruang rehat dan tandas?!
Walaupun sekejap, peluang menjejakkan kaki ke rumah ibarat istana yang mungkin tidak akan menjadi milik saya, adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan selamanya.
Minggu ini saya membawa rakan dan keluarganya ke Putrajaya. Jika selama ini saya bercerita tentang Putrajaya kepada mereka, kali ini saya berharap mereka dapat menyaksikan dan merasai sendiri apa yang saya lalui.
Malang sekali, saya dapati rumah Perdana Menteri Malaysia ini tidak lagi boleh dikunjungi oleh rakyat. ![]()
Apabila bertanya kepada polis yang bertugas di pondok kawalan masuk ke rumah ini, mereka menjelaskan bahawa rumah ini tidak lagi dibuka kepada rakyat untuk lawatan sejak tahun 2004. Ia membuatkan saya tertanya-tanya mengapa? Sedangkan setahu saya bukankah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini lebih berjiwa rakyat? ![]()
Putrajaya yang ada sekarang jauh berbeza dari saat awal ianya dibuka. Sungguh menyedihkan!
Artikel oleh Cikgu Azleen. Lawat blog beliau di sini.
4 responses so far ↓
yiemega // April 29, 2008 at 6:48 pm
Suatu penjelasan dan pendekatan fakta yang menarik..dan cantik sungguh, dihamburkan keribaan pelayar-pelayar blog. Terima kasih.
harap tuan punya blog sudi bertukar link dengan saya http://suaragenerasimuda.blogspot.com
saya telah letak link blog anda
jiwa saya // April 30, 2008 at 7:22 am
Akhir tahun yang lampau saya berkesempatan berkunjung dari selatan tanahair ke kuala lumpur.Saya bepeluang pergi ke seri perdana di kuala lumpur.Difahamkan rumah itu didiami oleh Tun Dr Mahathir dan keluarga sehingga tahun 1999.Berpeluang saya kesana sehingga terasa sebak apabila melihat sebuah meja yang dipenuhi dengan buku-buku dan beberapa nota kecil diatasnya,saya sedar bahawa buku-buku itu dibaca oleh tun dan nota-nota tadi mungkin sebuah catitan yang diaplikasikan kepada kemajuan dan pembangunan dalam negara kita.Terasa begitu gah saya memliki seorang perdana menteri diwaktu zaman sekolah saya hanya mendengar pujian dari guru-guru saya mengenai gagsan tun ..nah kini saya duduk disebuah kerusi yang pernah digunakan tun untuk menulis dan membaca.SECARA TIBA-TIBA DARAH SAYA TERSENTAP APABILA BERLEGAR KE BAHAGIAN LAIN, SAYA DAPATI DEBU,HABUK,KOTOR TERDAPAT DIMANA-MANA.SAYA JUGA TERSENTAK ADA ‘NAJIS’ PADA MANGKUK TANDAS PAMERAN DIBAHAGIAN BILEK2 KELUARGA.APA SUDAH JADI INI? APA YANG TELAH BERLAKU INI?SECARA SAYA TIDAK SEDARI RUPA-RUPANYA KAWALAN KESELAMATAN JUGA KURANG PADA KEDIAMAN INI, SESIAPA BEBAS MASUK DAN KELUAR,SUSUN ATURNYA SAMA(SAYA JUGA PERNAH MELAWAT KETIKA PEMBUKAANYA HUJUNG TAHUN 2003)TIADA APA2 PERUBAHAN TETAPI SEMAKIN ‘KUSAM’.SEKIRANYA MAHU TAHULEBIH LANJUT LUANGKAN MASA KE ‘SERI PERDANA KUALA LUMPUR’.
akushah // April 30, 2008 at 7:36 am
seri perdana ..
teringat zaman dulu2, setiap kali hari raya, rumah PM menjadi kunjungan tua muda bebilang bangsa untuk bertemu dan bersalam Perdana Menteri.
time tu kalau parking .. berkilometer jauh jaraknya pun masih ramai yang ingin pergi
skarang ? rasanya belum pernah lagi PM kita buat kat “seri perdana” putrajaya ni ..
Fauzi Abdullah // May 12, 2008 at 2:16 pm
Kediaman pm sekarang bukan untuk rakyat tapi untuk anak beranak dan kawan-kawannya.
Leave a Comment