Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Harun membayangkan jawatan Ketua Pemuda UMNO tidak harus dipertandingkan sebaliknya pilih saja orang tertentu yang sudah dilatih dan dibimbing untuk jawatan berkenaan.
Laporan berita penuh di sini.
Walaupun Idris tidak menyebut secara khusus siapa orang yang dimaksudkan, tetapi saya percaya, secara umumnya kita semua setuju bahawa beliau bercakap tentang Khairy Jamaluddin, menantu Paklah yang amat terkenal itu.
Siapa lagi yang telah “dilatih dan dibimbing” untuk menjadi ketua di dalam Pemuda UMNO kalau bukan suami Nori?
Tidak salah kalau Idris Harun merasakan Khairy seorang calon ketua yang ideal untuk pergerakan mereka. Tetapi jika ada yang mahu bertanding, peluang haruslah dibuka. Pemuda UMNO sepatutnya mempromosikan demokrasi dan bukan mengekangnya.
Sebagai inkubator kepada pemimpin masa depan parti dan negara, Pemuda UMNO perlu melahirkan barisan kepimpinan yang berkualiti serta teruji. UMNO tidak akan menjadi parti yang kuat jika para pemimpinnya tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri sendiri.
Sikap berpuak, ampu-mengampu dan buli-membuli harus dibenteras dari UMNO. Ia adalah budaya samseng dan tidak sesuai sama sekali untuk dijadikan amalan mana-mana parti politik apatah lagi UMNO yang menunjangi kerajaan. Jika budaya berkenaan dibiarkan membiak, bangsa dan negara akan menjadi mangsanya.
18 responses so far ↓
jiwa saya // April 24, 2008 at 3:56 am
salam tempua,
kalau kita perhatikan fungsi utama pemuda umno ialah kumpulan pendesak utama kepada kepimpinan parti.cuba kita lihat pemuda umno zaman syed jaafar albar,harun idris,sardon jubir,dato suhaimi jelas mereka adalah pemuda umno sesuai dengan motto yang mereka gunakan seperti pemuda kumpulan halia,era baru pemuda dan era pemuda bertindak .Kita mahu pemuda yang mampu mengembalikan taring dan sengat dalam umno dan diterima dari akar umbi.Pemuda harus seorng yang lantang,berani dan tiada agenda lain selain agama, bangsa dan negara kita.Selain itu pemuda umno’wajiblah’mampu menangkis dan mematikan hujah-hujah pembangkang dengan baik dan tersusun serta disertai dengan fakta yang jelas.SECARA AKAR UMBI SAYA AMAT2 TIDAK BERSETUJU DENGAN PANDANGAN DATO IDRIS HARUN.Kita mahukan ketua pemuda umno yang berani menegur kepimpinan bertujuan menguatkan parti dan kepercayaan kepada umno itu sendiri.Ketua pemuda haruslah bersikap ‘Luar Biasa’dengan iklim politik pada waktu ini.Walau bagaimana sekalipun selaku ‘akar Umbi’ Saya berdoa kepada Allah S.W.T agar ketua pemuda Umno yang akan dipilih kelak mampu membawa sesuatu yang dirahmati dan diberkati perjuanganya Oleh Allah S.W.T.
Tempua // April 24, 2008 at 6:25 am
Salam Jiwa Saya,
Saya setuju Pemuda UMNO wajar mengekalkan fungsinya sebagai sayap pendesak atau pemantau kepada kepimpinan mahupun polisi-polisi parti dan kerajaan secara keseluruhan.
Apa yang berlaku sekarang adalah Pemuda sudah menjadi alat atau tunggangan bukan saja pimpinan tertinggi parti bahkan individu-individu yang mempunyai agenda di dalam pergerakan itu sendiri.
Jika semua jentera parti digunakan untuk kepentingan individu, dasar perjuangan asal parti habislah…!
goby // April 24, 2008 at 10:31 am
Kalau khairy jadi ketua pemuda…undi protes terhdp BN akan terus berterusan…Jgnlah jd pemimpin yg buta & tuli. Dengar2lah juga kata2 akar umbi ini.
anim // April 24, 2008 at 12:30 pm
mereka tak akan dengar…dan lamalama suara ni akan berkurangan dan tak kedengaran lagi. everybody has a price remember
cangkui // April 24, 2008 at 11:07 pm
Kaedah memilih pemimpin tanpa pertandingan sebab kononnya dilatih atau dibimbing ni lah punca lahirnya pemimpin-pemimpin yg lemah atau pak turut kat negara kita ni..
Sampai bila orang kita nak belajar nak dapatkan sesuatu dengan berusaha atau struggle.
Ingat-ingatlah org yg naik cepat selalunya jatuh cepat!
noname // April 25, 2008 at 3:20 am
Dasar komunis
cam // April 25, 2008 at 8:26 am
saya amat tidak bersetuju jika KJ jadi Ketua Pemuda dan jika datuk idris mkasud kan KJ sebagai yg telah dipimpin dan dibimbing, maka sama la dia dan kroni Pak Lah yg lain.
Amat memalukan bagi UMNO ditengah tengah keadaan dimana Pak Lah diminta turun, oprtunist datuk idris dtg memburukkan lagi keadaan. Hanya satu patah perkataan saja utk datu idris yg dapat membayangkan perasaan saya
POOORAHHHHHH!!!
jiwa saya // April 27, 2008 at 1:36 am
dato mukhriz mahathir pada hari ini melaporkan
bahawa bebanan hutang ptptn dan pengagguran adalah satu sebab golongan muda kini merasakan tidak terbela.Melompat antartika dan menyeberang selat2 tiada kesan kepada orang muda.Ini yang dikatakan ‘pemimpn orang muda’ tahu masalah dan desakan orang muda.HIDUP DATO MUKHRIZ.
jiwa saya // April 27, 2008 at 1:37 am
SUMBER LAPORAN DR UTUSAN MALAYSIA
adanamaTapitadaknama // April 27, 2008 at 5:36 am
alahai, lagi-lagi si khairy
lembik macam si hishamuddin, malunya aku punya pemimpin pemuda yang lemah. penakut dan lemah lembut….cium keris, angkat keris, tujah keris , sarung keris…last2 masukkan keris ke dalam kondom…Play Safe
UMNO Rembau // April 29, 2008 at 7:19 am
Kita merancang, Tuhan menentukan, biar si Khairy cuba sepenggal, mana tahu UMNO turnaround….cuma cadangan dari Rembau aje
jiwa saya // April 29, 2008 at 8:07 am
SALAM UMNO REMBAU,
SDR KHAIRY TELAH DIBERI SEPENGGAL DIDALAM PEMUDA UMNO MALAYSIA SEBAGAI NAIB KETUA PEMUDA.PADA HEMAT SAYA, JAWATAN TERSEBUT BOLEH MEMBUKA RUANG KEPADA BELIAU DALAM MEMPERKUATKAN PEMUDA UMNO AGAR LEBIH BERTARING DALAM TEMPOH TERSEBUT.TETAPI SAYA NAMPAK PEMUDA UMNO SEMAKIN LEMAH DAN ‘LEMBIK’(AMPUN MAAF DARI SAYA) PADA PENGGAL2 TERSEBUT.TIDAK DINAFIKAN KETOKOHAN PEMIMPIN MUDA INI AMATLAH MENARIK TETAPI KITA ORANG MELAYU ADA ‘SELERA’ TERSENDIRI TERUTAMA GOLONGAN MUDA KITA.KEMBALIKAN SEMULA PENGERAKAN PEMUDA UMNO SEBAGI KUMPULAN ‘PENDESAK’,'SAYAP KANAN PARTI’,PENENTU HALA TUJU PARTI DAN YANG PALING PENTING MENDENGAR RINTIHAN,KELUHAN,TEKANAN,PERASAAN,KESUMAT DARI AKAR UMBI.DENGAN IKLIM POLITIK PADA KETIKA INI, KITA MINTA SEMUA BERSIFAT TERBUKA DAN MAMPU MEMIKIRKAN SESUATU DEMI KEUTUTUHAN AGAMA DAN BAGSA KITA.AMPUN MAAF ANDAI KATA-KATA SAYA MENGGANGGU EMOSI DAN PERASAAN SESIAPA KERANA SAYA SAYANGKAN ANAK BAGSA SAYA.SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KITA SEMUA INSYAALLAH
Tempua // April 29, 2008 at 2:31 pm
UMNO Rembau,
Kita dah tengok sendiri depan mata kita sekarang betapa lemahnya UMNO bila semua pemimpinnya hanya tahu menjadi anjing dan penjilat presiden semata-mata. Bayangkan perkara yang sama berlaku di dalam Pemuda UMNO di mana semua lapisan kepimpinannya menjadi anjing dan penjilat Khairy, bagaimana mungkin pergerakan itu akan menjadi kuat? Kalau semua orang bekerja sekadar untuk mengampu seorang pemimpin, jangan haraplah aspirasi bangsa dan negara dapat dicapai atau diperkukuhkan.
Cuba Khairy sepenggal kerana kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan? Bukankah itu ibarat melepaskan singa ke dalam rumah dan berharap Tuhan menyelamatkan kita? Apa punya mentaliti ni?
jiwa saya // April 29, 2008 at 11:20 pm
SAYA MENCADANGKAN AGAR SAUDARA KHAIRY LEBIH MENUMPUKAN USAHANYA DI PARLIMEN REMBAU DAN BERGIAT AKTIF DIDALAM SIDANG DEWAN RAKYAT, KEMUNGKINAN KEPETAHAN BERCAKAP BOLEH DI MEMBANTU DI DALAM PERKARA INI TETAPI BUKAN DIDALAM ‘PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA’(MAAF, BUKAN NIAT UNTUK MENGECILKAN PERANAN SAUDARA KHAIRY TETAPI ‘SUASANA POLITIK’ KINI YANG MENDORONG SAYA BERKATA BEGITU)HIDUP MELAYU…………
UMNO Rembau // April 30, 2008 at 12:27 am
Khairy ni satu-satunya lulusan Oxford dan tidak keterlaluan jika saya katakan jarang kedengaran umat Melayu yang bekelulusan sedemikian tinggi dalam soal politik UMNO. Mungkin idealogi dan daya pemikirannya boleh digunapakai bagi memartabatkan umat Melayu kita.
Tempua // April 30, 2008 at 1:50 am
Sdr UMNO Rembau,
Khairy berkelulusan tinggi (Oxford) dalam soal politik UMNO? Saya tak kisahlah. Tapi pada pendapat saya, kelulusan seseorang sekadar membantu kita mengenalinya dari satu sudut. Bagaimanapun untuk menilai keupayaan sebenar seseorang memerlukan kita melihat lebih dari sekadar nama universiti di atas salinan ijazahnya. Khairy mungkin nampak petah bercakap, tapi kalau kita perhatikan betul-betul apa yang dia cakap bukanlah ada isi sangat. Pada pandangan saya Khairy tidak matang dan tidak panjang akal. Dia cuma pandai menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya seperti ada sijil Oxford dan menantu perdana menteri untuk memanipulasi serta menjadi ketua kepada golongan yang serupa beliau di dalam UMNO. Ideologi dan pemikiran Khairy langsung tidak bertunjangkan rasa tanggungjawab dan kecintaan kepada bangsa dan negaranya, tetapi semata-mata kepada cita-cita peribadinya. Misi Khairy di dalam UMNO adalah jelas. Sekilas ikan di air, kita boleh kenal ikan apa.
jiwa saya // April 30, 2008 at 6:16 am
saudara umno rembau,
inilah proses yang saya impikan pendapat yang sihat dari kalangan kita yang cintakan bangsa kita.Buat pengetahuan umno rembau,kira-kira setahun yang lampau sewaktu pilihanraya dun ijok,saya tidak berkesempatan bertemu saudara khairy ni tetapi beberapa bulan kemudian saya menemuinya disatu majlis kecil ditempat saya.Dari perbualan rakan-rakan dalam umno mereka melihat saudara khairy sebagi ‘orang bijak yang agresif’…secara dekat saya melihat saudara khairy seorang yang ‘tampan’ tidak lebih dari itu.Saya mendengar ucapan beliau, maaf kalau saya katakan ucapan itu seperti ucapan yang ‘biasa’ tiada input malah ‘kurang membakar semangat saya sebagai audience.Di ijok gambar saudara khairy dilambung dan duduk di bahu pemuda2 bn di jaja oleh pembangkang.Satu program dibawah sdr kj yang saya fikir ‘istimewa’ ialah ‘myteam’, tetapi kesanya kurang(pandangan saya),apabila menyebut soal pendidikan memang diakui ‘hebat’ sdr kj ini(rezeki dari allah swt).Orang melayu kadangkala melihat pendidikan ini satu yang penting dalam satu sudut tetapi didalam sudut melibatkan survival,kepentingan,kedudukan dan martabat orang melayu itu sendiri kita perlukan seorang pemimpin yang akan bertindak ‘ lantang’,'pendesak’,'berperibadian’,'ketokohan’,'tiada kepentingan’,'membelai’ umat melayu itu sendiri.Jadi saya ’stand’ pada hemat saya dengan mencadangkan supaya sdr k.j memberi tumpuan pada rembau dan menjadi ‘wira’ didalam dewan negara kerana saudara masih muda dan masih banyak perkara dan pengalaman yang akan saudara k.j pelajari.insyaAllah.KAMI SAYANG UMNO, KAMI SANJUNG PEMIMPIN MELAYU YANG MENPERTHANKAN,MEMARTABATKAN KAMI.JAUH SEKALI KAMI MEMPUNYAI SIFAT TAKSUB.AMPUN MAAF DARI SAYA.HIDUP MELAYU
kamerasulit // August 3, 2008 at 5:37 pm
Sahabat-sahabat,
KJ tidak sehebat mana.. Kj juga tidak pernah faham apa rasanya naik kereta yang tidak berhawa dingin. KJ tidak dibesarkan dalam dunia melayu. KJ menjadi matang sebelum usianya. KJ menjadi terlalu kaya sebelum usia yang munasabah dan dengan cara yang munasabah. Popularkah KJ di Rembau? Siapa lebih popular, Datuk Firdaus atau KJ? Siapa lebih berjuang untuk bangsa KJ atau Datuk Rais?. KJ anak diplomat yang hidup dengan senang lenang kerana elaun bapak sebagai Duta. KJ juga bertambah senang dengan beristerikan Nori. Nori yang menjadi anak Pak Lah selepas tahun 1993 bila Pak Lah menyertai Kabinet semula. Ap kata kalau Nori yang menjadi anak Pak Lah bertemu KJ di Pejabat Pak Lah di Bangsar semasa Pak Lah hanya menjadi sorang penganggur ketika itu. Mungkin lain jadinya… anyway itu dikatakan jodoh. Jodoh KJ dengan Nori anak PM. Lanjutan dari Jodoh itu, maka KJ sudah dapat kawal GLC. Semua geng KJ diberi tempat di GLC sebagai orang yang berkuasa. Tan Sri Azman Mokhtar di Khazanah dan Dato Wahid di Maybank boleh uruskan semuanya. Geng KJ dilantik dengan gaji tidak kurang dari RM15ribu sebulan.
So, sahabat-sahabat yang asih tidak ada kerja atau ada kelulusan tetapi kerja setakat cukup makan, maka setelah pasti menjadi perwakilan pemuda Bahagian ke KL, maka lebih baik Tuan-Tuan sembah KJ dan mohon jawatan.. tak payah bahayakan diri ke Thailand.
.
Leave a Comment