Suruhanjaya Anti Rasuah bukti kerajaan telus
Saya mengalukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengstruktur semula Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia.
Bagi saya ini bukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telus dan bersungguh untuk memerangai gejala rasuah di negara ini. Sekaligus ini akan meningkatkan lagi imej negara di mata dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang serius dan bersungguh-sungguh memerangi gejala rasuah.
Kerajaan melakukan ini bukan kerana tekanan mana-mana pihak tetapi lebih kepada keperluan dan kesungguhan untuk melihat Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dari gejala rasuah.
Langkah ini juga akan memberi keyakinan yang lebih tinggi kepada pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia kerana saya percaya suruhanjaya ini akan memain peranan penting membendung sekaligus membenteras gejala rasuah di negara ini.
Oleh Muhammad Muhd Taib dari http://muhammadmuhdtaib.com
Saya menjengok ke laman blog Muhammad Muhd Taib dan menemui posting terbaru beliau yang mula disiarkan pada 23 April, 2008 jam 12:33 pm seperti di atas. Saya tidak dapat menahan diri dari membuat komen tetapi amat yakin bahawa komen saya itu tidak akan disiarkan. Sebab itulah komen saya itu saya salin dan tampalkan di sini. Sekurang-kurangnya tidaklah sia-sia. Tapi saya akan tetap tengok kalau-kalau Muhammad Muhd Taib tidak sekecut seperti yang saya sangkakan dan menyiarkan komen tersebut di blognya… : )
Komen saya;
Hahahaha…. Paklah membenteras rasuah? Bukan anak beranak kroni mroni dia ka yang paling kuat rasuah dalam Malaysia ni. Kalau idak takkan sorang tu saper nama dia, Muhammad Muhd Taib apa ka, yang dulu kena tangkap bawak lari duit pi Ausralia tu, jadi menteri. Orang yang dah terang-terang songlap duit tak ingat dunia pun dia lantik jadi menteri. Lagi mau cakap pasal benteras rasuah. Cermin takdak ka kat rumah?
4 responses so far ↓
jiwa saya // April 23, 2008 at 10:31 pm
sdr tempua,
apa2 suruhanjayapun meluat,muak,getik mendengarnya..hasilnya habuk…kembalikan seperti zaman tun mahatir…..KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.
Tempua // April 24, 2008 at 12:05 am
Salam Jiwa Saya,
Saya setuju. Bila asyik buat suruhanjaya nampak sangat PM ni pemalas, nak lepas tangan la tu. Kononnya kalau pakai suruhanjaya dia boleh pantau secara remote control aje kot. Dia lupa suruhanjaya pun dianggotai manusia yang banyak kelemahan dan berkemungkinan memanipulasi kedudukan jugak. Mana ada manusia sempurna. Sistem pun sama, tak ada sistem yang sempurna. Kalau sebagai PM, dia tak cerdik, suruhanjaya apa pun belum tentu berkesan.
Misalnya dalam kes tahanan ketuk ketampi bogel dulu, kalau Paklah sebagai Menteri Dalam Negeri sanggup kerja sikit, tak payah buat suruhanjaya pun. Bukan susah nak trace video tu dirakam di balai mana. Dan rekod tahanan kan ada. Susah sangat ke nak tanya anggota polis yang terlibat? Sekejap aje dah boleh tau perempuan tu warga negara mana. Tak payah tunggu berbulan. Sampai kecoh dan memburukkan negara dan polis di mata dunia. Siap hantar menteri pi China minta maaf.
Kalau dah malas sangat, jangan jadi PM.
samdol // April 24, 2008 at 4:53 pm
Bapa segala suruhanjaya adalah Pak Dol @ Samdol….Tubuh S/Jaya isi tok ketampi pun kita tahu pak Dol dah buat banyak kesilapan…Kulit putih aja warga Negara Cina..last2 orang melayau, malaysia…Imej Malaysia dan PDRM hancur…pas tu ubah pinda undang2 memihak pada penjenayah…kata Pak DolHak Asasai Manusia…Kepala Atok dia ..si Penjenayah tu rompak orang , cederakan orang mana hak si mangsa tu…Suhakam tak melawat mangsa tetapi si penjenayah jika ada didera atau tidak..mangsa yang koma di hospital tu mcm mana…last2 peguam yang untung dapat bela penjenayah..mangsa tetap mangsa…Zaman Pak Dol ni buat orang SUSAH..lemahkan semangat Polis aja…Last2 polis akan jadi mcm pak guard kat supermarket ORANG DA TAK TAKUT DAN SEGAN KAT POLIS………segala2nya adalah kerana PAK DOL@ SAMDOL
samdol // April 24, 2008 at 5:03 pm
Nak hapuskan rasuah…? leh kah meka S/Jaya anti Rasuah siasat pak dol dan KJ dan orang BN/Umno. mca. mic. gerakan….yang terang-terangan rasuah..Jawap nya TIDAK..Ikan bilis senang dakwa …BPR kata cukup bukti Jerung2 BPR kata x cukup bukti..x ada orang lapur secara rasmi…lihat sahaja kepada SPR mana kebebasan yang di laung2kan…Pak Dolturun lah jgn sampai orang tolak keluar tingkap sri pedana tu…menjanda lah si jin nanti . Hancur lah m’sia dik samdol ni…Banyak sejarah terukir zaman pemerintahan si dol ni…Mad Taib jgn cerita pasal S/Jaya anti rasuah..coz kamu bapa segala rasuah kat m’sia ni……
Leave a Comment