:: T E M P U A ::

Terima kasih atas sokongan yang diberikan

April 8, 2008 · 8 Comments

Saya amat berbesar hati dengan perkembangan blog ini. Sejak posting pertama pada 11 Mac 2008 sehingga ketika posting ini ditulis, blog ini telah dikunjungi oleh 5,113 pengunjung. Angka ini cukup besar bagi blogger kecil seperti saya.

Dengan peluang yang ada ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga forum mykmu.net yang mana mereka merupakan pengunjung utama blog ini melalui link-link yang saya tinggalkan setiap kali membuat posting di sana.

Bagaimanapun, selepas ini saya mungkin tidak lagi perlu meninggalkan link setiap kali berforum di forum mykmu.net kerana pihak admin beritamykmu.net telah menyenaraikan blog ini di laman utamanya bersama blogger-blogger yang lebih ternama. Saya ucapkan jutaan terima kasih atas penyenaraian tersebut kepada pihak admin mykmu.net.

Di samping itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bigdogdotcom kerana menyenaraikan blog ini di laman beliau sejak dari awal lagi. Walaupun saya tidak mengenali beliau secara peribadi, namun kesediaan beliau memberi link ke blog Tempua saya anggap sebagai satu tanda kepercayaan. Blog Bigdog menyumbang jumlah pengunjung yang agak ramai ke blog ini.

Satu lagi perkara yang menarik yang saya ingin kongsi adalah mengenai kekuatan “keyword” berunsur seks dalam membawa pengunjung ke sesebuah blog. Saya tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah saya menulis posting yang bertajuk “Sufiah, menteri dan pelacur melayu”.

Sejak posting berkenaan disiarkan, ramai juga pengunjung yang datang ke blog ini melalui enjin carian menggunakan keyword seperti “sufiah bogel”, “pelacur melayu”, “gambar bogel sufiah” dan sebagainya. Agak kelakar juga kalau difikirkan, tapi itulah hakikatnya. Jangan pandang rendah dengan “tarikan seks” di dunia maya ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Sokongan anda semua amat saya hargai. Matlamat saya adalah supaya blog ini dapat menjadi wadah pemikiran dan pertukaran pendapat yang positif sesama kita.

Namun buat masa terdekat ini, agenda ke arah menekan Paklah meletakkan jawatan merupakan keutamaan saya.

Komen di sini

Categories: Tempua

8 responses so far ↓

  • Biggum Dogmannsteinberg // April 8, 2008 at 3:39 pm

    Kawan ingin mengucapkan blog in Selamat Maju Jaya. Semoga mampu menjadi blog yang informatif and membawa kepada pencernaan ilmu dan maklumat kepada warga bloggosfera, teruta,a dikalangan penguna Melayu.

  • Tempua // April 8, 2008 at 5:30 pm

    Terima kasih Biggum Dogmannsteinberg.. Berblog ni sebenarnya mengajar kita banyak perkara. Kita menjadi lebih kritikal terhadap sesuatu, lebih peka dan lebih terbuka…

  • goby // April 9, 2008 at 2:42 am

    Menjejakkan kaki ke sini dari forum mykmu. Sejak itu mmg saya selalu memjengah kesini..dan baru2 ini saja mula meninggalkan komen.

    Teruskan menulis!

  • blueyes // April 9, 2008 at 3:32 am

    dah post killer2 words tu jgn lupa activate akismet.. spammers pun ramai :) kang penat delete comment aja.. huhu

  • Tempua // April 9, 2008 at 3:35 am

    Salam goby & blueyes,
    Terima kasih atas sokongan. Spammers? Dikhabarkan dah banyak tengah q tu… hehehe

  • cam // April 9, 2008 at 1:32 pm

    ceritakan la sikit pandangan anda terhadap sufiah.
    bagi saya lebih baik selamatkan perempuan melayu kat malaysia yang memang dah banyak gak terlajakkkkk dan memerlukan bantuan dan terlajakkk itu bukan pilihan. Manakala sufiah tu, dah bercerai dan menjadikan alasan lampau utk meneruskan kerjayanye yang gajinye hampir sama dengan claim mileage pak lah!! he he

    Anyways, congrats and keep up blogging. Any blogger friend of bigdog is a blogger friend of mine!

  • Tempua // April 9, 2008 at 2:00 pm

    Salam Cam, mengenai Sufiah rasanya saya dan memberikan pandangan saya. Sila rujuk posting yang bertajuk Sufiah, menteri dan pelacur melayu..

    Terima kasih..

  • ambang // April 10, 2008 at 4:52 pm

    april bulan perjuangan. secebis sajak untuk direnungkan

    fajar kuala lumpur

    fajar april itu menjelma dengan garis merah
    embun pagi entah kenapa begitu cepat keringnya,
    bara dan panas menusuk-nusuk sukma
    membelah tangkai rasa
    edward gent berdiri dengan pedang di pinggang
    memerhati union jack yang bergulung di puncak tiang
    ada bara benci menyelinap di tangkai kalbu
    detiknya telah tiba

    mana rimba yang perlu digondolkan
    mana bijih yang perlu ditakungi
    mana emas perlu digali
    mana lagi tanah yang belum kuinjaki
    mana yang mahu bangkit menentang
    raja-raja mereka tangannya telah kurantai besi
    mereka menjadi pengemis di bumi sendiri

    di angkasa matahari menebarkan cahaya panasnya
    kelibat para sultan masih tiada
    sang gabenor mengangkat sumpah
    tiada sultan menjadi saksi
    union jack bergulung di puncak tiang
    hatinya meraung membelah langit kuala lumpur

    bangsa ini sudah mula bermain api
    ini Melayu benar-benar menempah bara
    terasa pedang di tangannya penuh darah

    kuala lumpur digegar tempik dan sorak
    station hotel yang sepi bertukar menjadi laut manusia
    lelaki-lelaki bersongkok berlilit kain putih menjeritkan suara
    ini sebuah perkabungan
    ini sebuah penindasan
    ini sebuah penipuan
    inggeris itu sudah kemabukan kuasa
    marilah ambil darahku
    marilah belah jantungku
    jangan kauambil tanahku
    jangan kauambil raja-rajaku

    daulat tuanku dilaungkan menerjah cakerwala
    hidup melayu digemakan membelah langit
    wanita-wanita selendangnya basah oleh airmata
    gembira dan sayu bercantuman bersama panas mentari
    sultan masih bersama rakyat
    tak ada siapa bisa menggugat
    pemuda-pemuda menjeritkan sumpah keramat
    perjuangan kita baru bermula
    bersatu, mari kita rempuh malayan union

    gema suara berdentuman membelah kuala lumpur
    raja-raja menatap rakyat penuh sayu
    hanya airmata yang mengalir melukiskan gundah kalbu
    rakyat dan raja bersatu di benteng terakhir
    kuala lumpur menjadi saksi
    gelora semangat bangsa bangkit mengharung perjuangan
    seorang pemuda gagah bersuara
    ini bumiku bumi tanah tumpah darahku
    jangan kauambil tanahku
    jangan kauambil raja-rajaku
    jangan kauambil maruahku

    ia berada di sini :
    http://ambang-ambang.blogspot.com/

Leave a Comment