:: T E M P U A ::

Bukalah blog sendiri, Datuk Shabery Cheek

March 30, 2008 · 6 Comments

Saya pernah cuba berblog sebelum ini, di Blogspot. Malangnya saya tak cukup stamina untuk menyuburkan blog saya itu, sebelum saya lupa katalaluan dan akhirnya turut melupakan blog berkenaan. Ini percubaan kedua dan saya harap ia akan mampu bertahan.

Dengan adanya blog sendiri, sekarang saya boleh memastikan apa saja pendapat atau komentar yang ingin saya kongsi, dapat saya kongsi. Samada pendapat atau komentar saya boleh diterima atau tidak, itu perkara kedua.

Perbezaan pendapat merupakan satu fitrah dalam masyarakat manusia. Saya sedia menerimanya dengan minda terbuka.

Hari ini bloggers bukan saja mendapat perhatian pelayar internet, bahkan pihak kerajaan.

Ini mungkin berikutan ramai pemimpin kerajaan yang percaya keputusan teruk Barisan Nasional dalam PRU12 juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh majoriti penulis blog yang cenderung untuk bersikap negatif terhadap mereka.

Baru-baru ini Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek bercakap mengenai minat beliau untuk menemui para penulis blog.

Apa yang sebenarnya beliau cuba dicapai dari usaha berkenaan, saya tidak berapa pasti. Kalau dibaca dari laporan berita ini, Datuk Ahmad Shabery seperti mahu para penulis blog berperanan sebagai agen penyampaian kerajaan.

Suka saya ingatkan Datuk Ahmad Shabery Cheek, kebanyakan penulis blog adalah mereka yang mempunyai fikiran sendiri.

Mereka adalah golongan yang peka terhadap persekitaran, bersifat kritikal dan berpegang kepada prinsip. Mereka tidak ada masalah untuk menyerap perkara-perkara yang baik, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak akan segan untuk mempersoal jika ia sebaliknya.

Oleh itu, saya fikir, kalau Datuk mahu para penulis blog menjadi jambatan untuk menyampaikan pemikiran Datuk atau pemikiran kerajaan kepada rakyat, elok lupakan saja. Lebih baik Datuk buka blog dan sampaikan sendiri apa yang ingin Datuk sampaikan.

Satu kelebihan yang Datuk memiliki, sebagai menteri, blog datuk pasti akan cepat mendapat perhatian dari warga online negara ini. Kalau apa yang Datuk tulis baik, saya percaya semua orang bersedia untuk menerimanya.

Tapi kalau Datuk cuma menipu, putar-belit, menjilat dan mengipas, bersedialah menghadapi cacian, makian dan hilang kerusi dalam pilihanraya.

Internet menawarkan demokrasi yang lebih telus dari mana-mana kerajaan demokratik dalam dunia ini. Dan tidak ada satu apa pun yang menteri penerangan Malaysia boleh buat untuk mengatasinya. Pernah dengar kata-kata ini, Datuk? Kalau tak boleh lawan, buatlah kawan.

Komen di sini

Categories: Politik

6 responses so far ↓

  • Alexo // March 30, 2008 at 1:59 pm

    Saudara tempua,
    Saya harap saudara akan terus menulis kerana sekarang ini orang tidak lagi gemar membaca akhbar arus perdana yg dikuasai oleh kerajaan terkini. Segala berita yg ditulis hanya propaganda sahaja dan kami rakyat biasa sudah mual dgn gambar2 PM setiap hari yg dimuat dimuka2 akhbar. Orang sekarang sudah mempunyai media alternatif di internet. Saya misal nya melayari internet hampir setiap waktu yg terluang.
    Berkenaan dgn Dato Ahmad Shabery Chik yg dilantik mengantikan Dato Zam sebagai menteri penerangan, tawaran dia utk bertemu dgn penulis2 blog nampak macam ada udang disebalik batu. Kalau seperti yg saudara katakan, tujuan beliau utk berjumpa dgn penulis2 blog hanya lah memujuk mereka membodek kerajaan Dollah, saya rasa elok lupakan lah.
    Semoga saudara terus mendapat semangat untuk menulis.

  • Tempua // March 31, 2008 at 12:00 am

    Salam Alexo,

    Terima kasih atas dorongan yang diberikan. Dengan adanya internet informasi menjadi lebih terbuka, pantas dan penuh warna. Sesuatu isu yang kalau dulu mungkin cuma dapat kita lihat dari satu sudut, hari ini kita boleh melihatnya dari pelbagai sudut atau kita boleh panggil informasi 3 dimensi. Kalau kita pandai digestkan setiap informasi yang berkaitan, kita akan dapat membuat penilaian dengan lebih baik dan kalau perlu memformulasi tindakan, ia akan menjadi lebih berkesan.

    Terima kasih sekali lagi.

  • boy // April 3, 2008 at 1:23 pm

    Salam Tempua,

    tak pa la aku tolong teman hang.. pasai aku rasa pandangan hang lebihkurang dengan aku.. so sama-samalah kita teruskan perjuangan yang belum selesai ni..

  • Tempua // April 3, 2008 at 5:40 pm

    Terima kasih sebab menjadi pengunjung setia blog ni, boy. Sokongan amat dihargai…

  • umno_jr // April 6, 2008 at 8:12 am

    hmmm…..dgr ‘trbuka’nya mata da minda segelintir pemimpin terutamanya kn Dato Ahmad Shabery Chik,terbuktilah media alternatif kini berjaya mencabar media perdana dengan suara suara rakyat yg sedikit celik it.Cuma harapan saya satu sekiranya Dato Shabery Chik berjaya untuk ‘menghimpunkan’ semua pemilik2 blog dalam agenda mensucikan kerajaan dengan cara yang kotor,pemilik2 blog tidak termakan dengan taktik kotor itu akibat dikaburi RM, USD, EURO atau RUPIAH sekalipun…

  • globalmalau // May 5, 2008 at 5:20 am

    Menteri baru macam tu lahh…baru kenai blog…macam duarian jatuh ja…lalak sana sini…tapi masyarakat nengok hanya tersenyum…tak tau nak cerita payah laaa….betui la kawan semua…buka blog buat sendiri…

Leave a Comment