:: T E M P U A ::

Apabila semuanya “legal”…

March 27, 2008 · 2 Comments

Saya berpendapat, Paklah dan kuncu-kuncunya tidak seharusnya diberi ruang atau peluang berada di tampuk kuasa walaupun untuk sehari lagi.

Saya cukup bimbang kalau-kalau mereka sebenarnya sedang bekerja siang dan malam menyiapkan ‘kertas-kertas kerja’ bagi membolehkan Singapura “merampas kedaulatan” negara kita secara legal.

Salah satu usaha yang begitu merungsingkan adalah penggabungan tiga gergasi; Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope. Ketiga-tiga syarikat ini dahulunya milik British tetapi berjaya diambil-alih melalui strategi serta kebijaksanaan para pemimpin dan operator kita.

Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope kemudiannya menjadi teras kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang begitu terkenal dengan saham-saham amanahnya yang berpulangan tinggi di samping program-program pembangunan ekonomi Bumiputera yang lain.

Oleh itu, apabila secara tiba-tiba kerajaan (baca: kerajaan Paklah) mahu menggabungkan ketiga-tiga syarikat ini menjadi satu entiti yang bukan lagi menjadi teras kepada PNB, ia memang mencurigakan.

Tiga gergasi ini apabila digabungkan, menjadi syarikat perladangan terbesar di negara ini. Ini juga membawa makna syarikat ini memiliki kawasan tanah atau land bank yang amat besar kerana kegiatan utama mereka adalah perladangan dan hartanah.

Tanah milik syarikat tidak sama dengan tanah milik kerajaan. Tanah milik syarikat boleh diterjemahkan sebagai tanah milik pemegang saham. Siapa yang mampu membeli saham Guthrie, iaitu nama baru bagi gabungan ini, akan secara automatik menjadi pemilik kepada tanah yang dimilikinya.

Saya syak idea penggabungan ini datang dari Singapura. Motifnya memang cukup jelas. Mereka mahu membeli tanah di Malaysia secara borong.

Anda mungkin kata, ia tidak akan semudah itu. Tetapi berjaga-jagalah. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.

Kita kena insaf episod semasa kita minta dinaikkan sedikit kadar harga air mentah yang dibekalkan Johor tidak berapa lama dulu.

Walaupun jelas di dalam perjanjian, ada clause yang memperuntukkan nilaian semula kadar dilakukan tetapi Singapura berkeras tidak mahu melayan permintaan kita dengan alasan tempoh untuk kita membuat nilaian semula sudah pun terlepas.

Bayangkan anda menyewakan rumah selama sepuluh tahun kepada seorang penyewa. Perjanjian sewaan menggariskan anda berhak untuk menaikkan kadar sewa selepas tempoh 5 tahun. Tetapi anda tidak berbuat apa-apa apabila tempoh 5 tahun berkenaan sampai.

Kemudian pada tahun ke 7, anda pergi ke rumah sewa anda dan meminta penyewa menimbangkan sedikit kenaikan kadar.

Patutkah pada pandangan anda, kalau penyewa itu tidak mahu melayan permintaan anda kerana katanya anda patut datang berjumpa beliau untuk meminta kenaikan ketika tepat tempoh 5 tahun dulu?

Sekali imbas anda tentu akan berfikir, penyewa itu sepatutnya berterima kasih kerana anda tidak datang untuk menaikkan harga lebih awal? Tetapi negara yang bernama Singapura tidak berfikiran seperti itu.

Mereka sebenarnya tidak melihat anda walaupun sebelah mata. Mereka hanya melihat kertas yang ada di depan mereka. Selagi kertas itu diterima oleh undang-undang dan ia memihak kepada mereka, jangan haraplah anda akan dilayan.

Bayangkan kalau mereka berjaya mendapatkan tanah Guthrie. Anda fikir kita boleh dapatkan balik dari tangan Singapura?

Komen di sini

Categories: Politik

2 responses so far ↓

  • boy // March 29, 2008 at 2:19 pm

    Singapura = Jews of the East.

    Sebab tu Tun selalu berhati-hati dengan depa. Alih-alih bila naik tahta Pak Lah main golf dengan depa. Sapa main golf tau la…sebab bila dia dah main golf sama-sama boleh la jadi buddies, bila dah jadi buddies benda-benda dalam kain pun boleh cerita…

    Atau pun masa main golf Pak Lah dah betting. Kalah betting Malaysia tergadai…

  • Tempua // March 29, 2008 at 3:07 pm

    Aku dengar kat Bukit Tinggi, Pahang sekarang ada penempatan rakyat Singapura yang ekskusif untuk mereka saja. Bayangkan 20 - 30 tahun lagi bila US mula membuka koloni di bulan, Singapura pula akan membuka banyak koloni rakyatnya di Malaysia. Tak mungkin?

    Apapun mungkin..

Leave a Comment